Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Microsoft Edge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Microsoft Edge. Papar semua catatan

04 Ogos 2015

Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik


Setelah beberapa hari blog tidak dapat di update dengan entri bergambar, hari ini berjumpa juga dengan penyelesaiannya.  Walau apa pun YangBaik telah tinggalkan persoalan ini di blog seorang otai blogger.  Kita nantikan jawapannya.

Untuk itu YangBaik nak jelaskan di sini bahawa beberapa hari yang lepas, YangBaik telah upgrade Windows kepada Window10.  Sungguh banyak yang perlu dipelajari mengenai Windows10.  Tetapi bukanlah nak buat tutorial sekarang.  Tunggu sedikit masa yang sesuai bila tahap kefahaman yang mencapai 90% kalau tidakpun 100%.


Paparan Microsoft Edge
Paparan Microsoft Edge

Daripada Windows10, terdapat Microsoft Edge untuk melayari Internet.  Teruja juga dengan ME ni tidak terkira.  Benda baru lah katakan.  Masih dalam peringkat memahami perjalanan dan kemampuan ME.  Bukan senang nak belajar tanpa guru. 

Keterujaan bersama Windows10 dan Microsoft Edge ada masanya menjadi sesuatu yang sukar hendak dibayangkan.  Melalui Microsoft Edge, melayari internet tidak mudah kerana perlukan masa untuk memahaminya. 

Hendak dijadikan cerita, pada awalnya YangBaik tidak dapat update blog melalui kaedah biasa kerana format tidak sama.  Yang dapat dilakukan hanya update blog tanpa gambar dan tanpa link.  Amat sukar rasanya. 

Dan hari ini setelah puas mencari jalan.  Akhirnya terjumpa penyelesaian.  Alhamdulillah.  Dapatlah update blog dengan gambar dan link, apabila petang ini YangBaik berjumpa dengan Internet Explorer (IE).

Kiranya pengalaman pertama bersama Microsoft Edge dan Windows 10 ini agak mendebarkan juga.  Nantikan perjalanan seterusnya.

Sekian.