Pengikut Setia

31 Julai 2015

Jangan pandang rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan pandang rendah


Seperti biasa, kita terlupa lagi
Apabila berbicara sesuka hati
Memang enak berbicara bilamana ada rakan turut serta
Mana ada orang cakap sendirian
Melainkan atas sebab tertentu seperti hafal skrip, hafal ceramah, hafal doa dan sebab lain sangat sulit untuk dinyatakan

Okey, bila kita berbicara kadang-kadang kita terlupa bahawa kita ini hanya manusia biasa
Kita bicara mengenai kesilapan orang lain
Kita bicara mengenai kesalahan orang lain
Kita bicara mengenai masalah orang lain

Tidakkah kita ingat bahawa segala yang kita katakan itu ada juga pada diri kita
Hanya ia dijelmakan dalam bentuk yang lain.
Memang kita tidak ingat
Kerana segalanya tidak sama
Walaupun dasarnya adalah serupa

Jangan Pandang Rendah
Jangan Pandang Rendah

Kita sewajarnya harus ingat bahawa kesilapan orang itu ada masanya dia bisa perbetulkan.
Bagaimana pula dengan kita sendiri ?
Adakah kita akan perbetulkan kesilapan sendiri?
Bila?
Bagaimana?
Di mana?

Istighfarlah ... muhasabah diri...


30 Julai 2015

Antara Laluan dan Waktu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara laluan dan waktu


Kehidupan ini tidak lari dari mengejar waktu.  Ada masa perlu menunggu dan disitu kita terpaksa membuang waktu yang berlalu kerana menunggu.  Terpaksa mengejar kerana terlewat atau lambat bertindak pada awalnya.  Terpaksa menunggu kerana terlalu awal juga kerana tersilap percaturan.

Bukanlah salah sesiapa pun bilamana kita terpaksa menunggu dan membuang waktu.  Bukankah baik jika waktu yang terluang ketika menunggu itu digunakan dengan membaca.  Paling baik bila kita dapat gunakan waktu itu dengan berzikir atau mengaji.  

Laluan
Laluan.  Gambar Hiasan

Hendak dijadikan cerita.  Kejadian menunggu bersendirian ini bukanlah kali pertama berlaku, juga bukan sekali dua.  Tetapi sudah biasa begitu.  Kadang-kadang masa menunggu itu seketika cuma, ada ketika agak lama juga walaupun tidaklah sampai 1 jam lebih.  Tetapi tetap juga menunggu dengan penuh setia.

Bila diingaktan semula, bukan kita seorang yang menunggu.  Ada juga orang menunggu kita.  Juga dengan penuh setia.  Agak bila dah penat menunggu maka rungutan manja itu adalah perkara biasa. Sama ada hendak pekakkan telinga berdiam diri atau mengambil iktibar supaya jangan sampai menunggu lagi.

Waktu menunggu amat menjemukan bila berseorangan tanpa teman.  Gagjet peneman setia pula hampir kehabisan nyawa.  Mana pula nak cari buku atau majalah bila dah semua pintu tertutup dan berkunci.  Maka merungutlah sendirian.  

Antara laluan itu... aku menunggumu dengan penuh setia.


Dunia adalah kesenangan sementara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dunia adalah kesenangan sementara


Dunia adalah kesenangan yang (akan) segera ditinggalkan. Demi Allah yang tiada Ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Dia, tak lama lagi (dunia ini) akan hancur bersama penduduknya. Maka ambillah dari kesenangan dunia untuk mentaati Allah semampu Anda! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dari Allah.  (Qatadah  [salah seorang murid Ibnu Mas'ud])

Dunia


Manfaatkan masa yang ada untuk kebaikan semua.


Carian