Pengikut Setia

23 Julai 2015

SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA


Mood hari raya masih lagi panas, namun tidak semua blogger sempat nak post apa-apa entri berkaitan hari raya.  Seperti YangBaik contohnya, memang tiada mood nak post entri berkenaan hari raya... cuit sikit-sikit boleh lah tetapi tidaklah nak boom entri dengan peristiwa hari raya.

Jadi untuk tidak memutuskan entri di musim hari raya, YangBaik ambil keputusan untuk join Segmen anjuran rakan blogger Cik Yana.  Segmen ini ringkas sangat-sangat dan mudah sekali.

Jom kita tengok ada apa dengan segmen Cik Yana.



Pertama sekali, apa yang penting adalah klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segemn Aku nak blogwalking.

Tarikh tamat segmen adalah 26.07.2015.

Apa lagi, jom kita meriahkan hari raya tahun ini dengan segmen Aku nak blogwalking by Cik Yana.


22 Julai 2015

Wordless Wednesday | Banyakkan Istighfar

Assalamualaikum dan salam Syawal


Banyakkan Istighfar



Banyakkan Istighfar

~(@^_^@)~

Sempurna dengan 6 perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sempurna dengan 6 perkara

Nampak mudah sangat kan.  Segala-galanya boleh sempurna hanya dengan memenuhi 6 perkara. Tidaklah banyak sangat.

6 Perkara

6 Perkara


Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara (Syaqiq bin Ibrahim):

  1. senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya, 
  2. berbaik sangka terhadap sesama muslim, 
  3. Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain, 
  4. menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik, 
  5. menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan 
  6. berteman dengan orang yang ia anggap benar. 


Adakah semudah petik jari, 6 perkara itu mampu menyempurnakan hidup kita?  Tidak juga kan. Kita perlu cari dan tambah ilmu dengan acra berguru.  Selain dari itu istiqamah dalam berbuat baik turut memudahkan hidup kita.

Biar susah dahulu asal senang kemudian.


Carian