Pengikut Setia

15 Julai 2015

Detik akhir Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Detik akhir Ramadhan

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka

Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua


Dalam GURAU ada terkata
Dalam TULISAN terkasar bahasa
Dalam TINDAKAN terguris rasa
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa

Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia

Ketupat pulut di atas para
Hendak direbus di tepi perigi
Blog ditulis pengganti kad raya
Tanda ingatan di aidil fitri


* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada YangBaik dan keluarga.

Gambar itu memori

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar itu memori


Cerita bergambar sekitar Kursus Pengurusan Jenazah pada tahun 2010 di Masjid Al-Makmur, Tanjung Tualang Perak.


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010



Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Last but not least...

Kursus Pengurusan Jenazah 2010


Ada sebahagian besar daripada peserta yang saya tidak kenal tetapi mereka kenal saya.  Pelik? Tidaklah sebab saya jarang berjumpa dengan mereka tetapi mereka mengenali saya daripada seseorang yang saya kenal di Kampung Makmur/Sungai Galah.

Gambar itu memori.



Langit bersedih Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Langit bersedih Ramadhan bakal pergi


Ramadhan,
Hadirmu dinanti berjuta ummat
Manfaatmu banyak membawa rahmat
Saban malam penuh rakaat
Mengharap berkat penuh sarat

Ramadhan,
Hadirmu cuma setahun sekali
Bertamu cuma 30 hari
1000 bulan tetap dinanti
Semoga ketemu hajat dipatri

Ramadhan,
Kini hampir penghujung seri
Kami teruja juga bersedih
Apakah bakal hadir lagi
Pada Yang Kuasa kami merintih
Dipanjangkan umur berjumpa lagi

Ramadhan bakal pergi
Langit bersedih sepanjang hari


Nukilan: yangbaik | 15.7.2015 = 28 Ramadhan 1436





Carian