Pengikut Setia

15 Jun 2015

Resah dan gelisah selagi jasad masih bernyawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Resah dan gelisah.
... memenuhi ruang
Bilamana tiada perkhabaran
Bilamana tiada peluang
Bilamana rasa sendirian

Bagaimana harus diungkapkan
Resah ini seakan tiada noktahnya
Gelisah ini seakan tiada penghujungnya



Resah dan gelisah
... meniti masa
Bilamana persoalan tiada jawapan
Bilamana penantian tiada pengakhiran
Bilamana menunggu itu menyiksakan

Bagamana harus dikotakan
Janji dulu...bertukar tabir

Resah dan gelisah
... bisakah berhenti disini
Bilamana kitaran tidak bisa terbenam
Bilamana jasad masih bernafas
Bilamana nekad belum berakhir

Di sini
tiada penamat
jua tiada permulaanm
Segalanya terus mengalir menyusur denai
Atau bilamana jasad ini tidak lagi bernyawa

Terima kasih kerana masih setia... ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

07 Jun 2015

Kualiti Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kualiti diri. Kualiti diri akan terpancar kepada tugas harian yang dilakukan. Manakala kualiti diri tersebut pula hanya akan diperolehi melalui ilmu dan akhlak. (Prof. Syed Muhamad Naquib Al Attas)



Banyak makna yang tersembunyi di sebalik kualiti kerja kita. Bukan nak kata kerja orang lain tetapi kualiti kerja diri sendiri. Semuanya tergantung juga cara kita mengendalikan emosi semasa melaksanakan kerja berkenaan.

Semoga bermanfaat.

posted from Bloggeroid

06 Jun 2015

Berbangga dalam majlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berbangga dalam majlis.  Tidak kira majlis apa pun yang kita hadiri pastinya kita hendak memberikan penampilan yang terbaik.  Bagi YB apa pun penampilan kita biarlah patuh pada syariah dan tidak berlebih-lebihan.  Sebaliknya jika sesuatu majlis itu ada temanya sendiri, pastikan tema itu tidak lari dari kehendak syariah dalam cara kita berpenampilan.  Sekiranya tema yang diberikan melarikan kita dari patuh pada syariah adalah wajar kita tidak menghadiri majlis sebegitu.


Gambar 9.  sekadar hiasan

Semoga kita sentiasa menjaga penampilan dan bicara kita sepanjang majlis.

Apabila seseorang sedang berbicara dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub (berbangga diri) dengan pembicaraannya tersebut, maka hendaklah ia diam. Sebaliknya, apabila ia sedang diam dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub dengan diamnya tersebut, maka hendaklah ia berbicara.  (Ubaidillah bin Abi Ja'far salah seorang ahli fikih dan ahli hikmah negeri Mesir pada zamannya)

Kutip hikmah untuk pedoman.  Sekian.



Carian