Pengikut Setia

25 Mei 2015

Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah



Selalu sangat bila bercakap tak guna akal.  Cakap jer ikut sedap mulut.  Kira membebel lah kan.  Kita bila dah jadi mak-mak macam nilah... maaf cakap la kadang-kadang terlepas cakap juga dengan anak-anak.  Tetapi cepat-cepat minta maaf balik dengan anak-anak... tak sengaja.



Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.  (Ali)

Semoga kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.  Walaupun kadang-kadang berkata-kata tanpa guna akal tetapi adalah lebih baik biasakan berkata-kata hal yang baik-baik sahaja.

Terima kasih.

23 Mei 2015

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat bercuti.  Lazimnya inilah ayat skema yang diucapkan kepada kawang-kawan tidak kira di mana berada sama di pejabat atau melalui wasap.  Dan kepada awak yang membaca entri ini juga. Sedang bercuti kan?

YB seperti biasalah bila hari cuti Sabtu dan Ahad kalau tidak balik kampung melawat keluarga mertua, bawa anak-anak jalan-jalan.  Nak bawa anak jalan-jalan pun tengok kepada cuaca juga. Kalau cuaca mendung atau nampak seperti nak hujan tak jadi lah keluar jalan-jalan... walaupun dalam kereta.


Aktiviti lain selain dari keluar jalan-jalan sempena hari cuti adalah berkebun di depan rumah.  Betul! Kebun mini YB ada depan rumah berhampiran lot parking kereta.

Taman bonda

Pokok kaktus di dalam gambar di atas sebahagiannya telah mati.  Ada yang mati kerana terlebih air dan ada juga yang mati kerana kekurangan tanah akibat terjatuh.  Sayang juga kerana ia adalah peninggalan arwah bonda.  Namun, itulah hakikat kehidupan ... tak semuanya kekal walau kita sayang seribu kali pun.

Eh... selingan kejap cerita ceriti pasal aktiviti hujung minggu kan.

Lepas ni nak bercerita pula pasal kebun "sekangkang kera" yang amat disayangi.  Walaupun tidak banyak tumbuhan tetapi bolehlah untuk menampung keperluan ketika terdesak.

Lebih baik layan blog yang tidak semenggah ini daripada menjadi punca jenayah kan?..

Layan jer kan... kisah orang bercuti

Terima kasih sudi singgah dan klik sana-sini yang ada link. :D

22 Mei 2015

Kerana Suaranya Lebih Kuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana Suaranya Lebih Kuat.  Peringatan penting buat anak-anak dan sesiapa yang masih mempunyai ibu.  Kepada yang sudah ketiadan ibu peringatan ini juga berguna untuk kita kerana setiap insan yang berusia itu seumpama ibu bapa kita.  Jadi tiada salahnya kita hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita seumpana kita hormat kepada ibu atau bapa kita.


Gambar selingan

Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

Semoga mendapat manfaat.

Carian