Pengikut Setia

21 April 2015

Hati ini milik Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hati ini milik Allah

Berulang kali terluka, kecewa, merana, derita, sengsara
Kesihan pada hati

Kesan kecewa itu bila diamati berpunca dari kita
Kekhilafan kita dalam persahabatan
Menilai semula harga persahabatan
Pastinya tersembunyi seribu rahmat

Hari ini hati terluka
Pasti esok ada penawarnya

Penawar hati luka tiada di jalanan begitu juga tidak terjual di pasaraya



Berserah diri kepadaNya
Mencari kekuatan hati
Hati itu milik Allah

Andai ada hati terluka pedih melarat rasa kecewa
Kembali segera kepadaNya
Dia yang menjaga hati kita
Semoga segera sedar insaf muhasabah diri
Kita bukanlah sempurna untuk mengharapkan kesempurnaan dari manusia yang juga tidak sempurna

Wallahu a'lam.
posted from Bloggeroid

20 April 2015

Ciptaan terbaru Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ciptaan terbaru Inas Insyirah


Aduhai! Jenuh juga cari tajuk yang sesuai untuk entri ini. Macam-macam tajuk dok berlegar di kotak fikiran yang seakan tepu. Tepu dengan segala macam persoalan. Tiada satupun yang dirasakan sesuai.

Tiba-tiba sejurus gambar ini dirakam, Inas Insyirah bersuara "Inilah ciptaan terbaru bangunan dan tangga". Inas kata bangunan ini ada tangga diluar. Sekarang tangga sudah tiada sebab bangunan ini tinggi dan asyik terjatuh.

So... ikut sajalah apa yang arkitek cilik ni kata. Sebab bangunan tu dia yang reka. Kan



Pereka tajuk bersama bangunan



Elok sangatlah dengan idea yang tidak berapa nak menjadi. Dapat tajuk macam ni pun kira jadi dah.

Setiap hari ciptaannya bertukar. Ada rekabentuk yang hampir sama tidak kurang juga rekabentuk yang berlainan. Tempoh masa rekabentuk itu bertahan tidak lama. Paling lama satu malam bila dia buat malam. Tetapi bila siang sekejap sangat... selalunya tidak sampai 1 jam, ciptaan bertukar bentuk.

Tahap kreativiti anak-anak berbeza dan sentiasa berubah mengikut mood mereka.

Sekian. ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Jangan selalu terlepas cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan selalu terlepas cakap


Siapa pun kita seharusnya bersyukur itu satu kemestian apabila kita diberi keupayaan untuk bersuara dan bercakap. Seharusnya kita sedar bahawa masih ramai yang tidak mampu bersuara apatah bercakao dengan fasih seperti kita.

Jadi adalah sewajarnya juga kita sentiasa berwaspada dengan setiap tutur bicara kita. Ada ketika kita perlu bersuara dan ada masa kita perlu simpan suara kita.

Utarakan saja suara itu kepada hati kita dan rasakan bagaimana kiranya suara itu diajukan kepada kita oleh orang lain. Adakah kita suka atau terasa sakit tuh... di sini (hati).

Indah pada waktunya

Gambar hiasan. 

Kita seringkali terlepas bicara.
Kadang-kadang bicara itu biasa-biasa
Tiada apa yang terusik
Walaupun kedengaran keras sangat
Ada ketika pula bicara itu bunyinya halus dan lucu sekali
bahkan ada orang masih bisa tertawa dengan bicara itu
Namun dalam kelucuan itu kita tidak sedar bahawa ada hati yang terluka
Luka dan pedihnya nyata tidak terlihatkan tetapi kesannya amat mendalam.

Semoga tulisan ini tidak melukakan hati kalian
Tetapi tulisan ini adalah untuk peringatan diri sendiri yang seringkali alpa dan tertewas dengan keenakah bicara

Jangan seenaknya bicara andai tidak menyumbang kepada kebaikan

Terima kasih.
posted from Bloggeroid

Carian