Pengikut Setia

20 April 2015

Jangan selalu terlepas cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan selalu terlepas cakap


Siapa pun kita seharusnya bersyukur itu satu kemestian apabila kita diberi keupayaan untuk bersuara dan bercakap. Seharusnya kita sedar bahawa masih ramai yang tidak mampu bersuara apatah bercakao dengan fasih seperti kita.

Jadi adalah sewajarnya juga kita sentiasa berwaspada dengan setiap tutur bicara kita. Ada ketika kita perlu bersuara dan ada masa kita perlu simpan suara kita.

Utarakan saja suara itu kepada hati kita dan rasakan bagaimana kiranya suara itu diajukan kepada kita oleh orang lain. Adakah kita suka atau terasa sakit tuh... di sini (hati).

Indah pada waktunya

Gambar hiasan. 

Kita seringkali terlepas bicara.
Kadang-kadang bicara itu biasa-biasa
Tiada apa yang terusik
Walaupun kedengaran keras sangat
Ada ketika pula bicara itu bunyinya halus dan lucu sekali
bahkan ada orang masih bisa tertawa dengan bicara itu
Namun dalam kelucuan itu kita tidak sedar bahawa ada hati yang terluka
Luka dan pedihnya nyata tidak terlihatkan tetapi kesannya amat mendalam.

Semoga tulisan ini tidak melukakan hati kalian
Tetapi tulisan ini adalah untuk peringatan diri sendiri yang seringkali alpa dan tertewas dengan keenakah bicara

Jangan seenaknya bicara andai tidak menyumbang kepada kebaikan

Terima kasih.
posted from Bloggeroid

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare


Bukan nak tipu.  Tapi sedikit ada unsur penipuan kalau ada orang yang tidak mahu wajahnya putih gebu.  Walau apaupun kita tetap juga bersyukur dengan wajah yang kita miliki sekarang.  Apa yang penting memiliki wajah putih gebu adalah satu bonus yang amat bermakna.  Sejuk mata memandang, bukan untuk orang lain tetapi untuk suami sendiri.. kan.

Sekarang ni tidak susah mana untuk mendapatkan wajah putih gebu.  Antaranya dengan menggunakan produk yang praktikal sangat iaitu My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare.  Terdapat tiga langkah mudah dah praktikal terutama bagi saya yang nak wajah putih gebu tetapi malas nak guna "perisian" yang banyak untuk wajah.

Dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare, kita perlu gunakan 3 "perisian" sahaja iaitu Whitening Booster Soap, Whitening Booster Day Cream dan Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Sudah cukup lengkap untuk perolehi wajah putih gebu dalam masa 3 hari.

Terima kasih kepada Mialiana.com kerana telah memperkenalkan produk ini.

Review Whitening Intensive Booster Skincare


Kini tiba masa untuk saya ceritakan secara langsung pengalaman sendiri semasa menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare yang keluaran My Beauty Herbs. 

Pengalaman menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare sesungguhnya berlainan sekali.  Kerana dengan 3 perisian sahaja, produk berkenaan mampu mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.


Sebelum dan selepas guna produk



Sebelum menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare, kulit saya sememangnya agak berjelaga dan berminyak termasuk juga berjeragat dan tidak sekata.  Kulit juga kusam dan tidak bermaya.

Bertepatan sekali dengan temanya; anti penuaan dan meremajakan kulit.  Saya tidak perlu lagi risau dengan perubahan struktu kulit seperti kedutan dan sebagainya.  Tetapi setiap dari kita pastinya tahu bahawa setiap orang akan mengalami perubahan pada struktur kulit wajah.  kedutan yang seakan timbul pada kulit wajah semakin mengecil dan kulit juga terasa halus.  

Boleh dikatakan produk ajaib terkini kerana ia mampu mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit selain daripada menghilangkan parut jerawat dan jeragat tebal.  Namun semua itu atas usaha dan kesungguhan serta tertib penggunaan.

Cara penggunaan yang mudah, saya hanya perlu membersihkan kulit wajah dua kali sehari iaitu pagi dan malam, menggunakan sabun yang unik dengan baunya yang menarik seolah menggamit nostalgia.  Menariknya penggunaan sabun ini tidak meninggalkan kesan kekeringan pada wajah sebaliknya wajah terasa segar.  Itulah MBH Whitening Booster Soap.

Penggunaan MBH Whitening Booster Day Cream juga mudah.  Bagi saya kulit agak gelap tidak perlu letak banyak jika tidak akan meninggalkan kesan yang 'putih melepak'.  Penggunaan yang sedikit amat menjimatkan.  Saya suka sangat dengan krim ini kerana dengan penggunaan yang sedikit sahaja ia sudah mampu menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau, dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.  Selain dari itu, krim ini menyerikan wajah kusam serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat.

Saya menggunakan MBH Whitening Booster Day Cream hanya sekali sehari.  Di pejabat atau di rumah, selepas mengambil wuduk untuk solat Zohor saya tidak perlu ulang menggunakan krim ini atau bedak lain, wajah saya terasa lebih sihat.  Tak berani nak perasan muda... sebab umur pun bukanlah muda lagi tetapi itulah hakikatnya.  Nampak seperti kulit orang muda.


Wajah pada waktu malam

Pada waktu malam pula, saya menggunakan MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Lazimnya saya menggunakan produk ini sebelum tidur.  Dan sekiranya saya keluar bersama keluarga pada waktu malam, saya juga tidak mengenakan apa-apa produk di muka lebih selesa, tidak seperti sebelum menggunakan Whitening Intensive Booster Skincare.

kredit to Mialiana.com
Saya tidak berkesempatan untuk meletakkan sendiri gambar bersama produk.  Namun saya akan meletakkan gambar berkenaan di lain kesempatan.

Banyak sebenarnya faedah yang mampu diperolehi dari Whitening Intensive Booster Skincare. Selain dari harganya yang berpatutan, ia juga menjimatkan dan memudahkan saya.  Tidak perlu banyak perisian, hanya yang perlu ada adalah sabun pencuci wajah, krim siang dan krim malam.  Lengkap dan sempurna untuk memiliki kulit wajah yang putih gebu.

Terima kasih kepada Mialiana.com dan My Beauty Herbs di atas peluang yang diberikan.  Satu pengalaman yang menarik dan hebat untuk digambarkan dengan kata-kata.



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Carian