Pengikut Setia

17 Februari 2015

Impian tanpa tindakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Impian tanpa tindakan


Ibarat sebuah ceritera dongeng.
Seolahnya lukisan di kanvas tanpa warna.

Petikan diatas pastinya sudah biasa anda baca atau dengar. Terutama bagi anda pengumpul mutiara kata.

Semoga kita tidak terus leka dengan apa yang sedang kita kecapi. Kita perlu ada impian untuk kita bertindak. Jika pantas kita bertindak, cepatlah impian itu tercapai. Sebaliknya jika kita lambat maka kita akan ketinggalan dan gagal kecapi nikmat impian yang tercapai.

Bertindak dengan cara yang betul untuk capai impian. Kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

posted from Bloggeroid

Jadi teman untuk beramal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kerana sabar itu membawa kepada akhlak yang mulia.

Credit picture to fb ikim

posted from Bloggeroid

16 Februari 2015

Tragedi terseliuh kaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tragedi terseliuh kaki

Kaki. Antara anugerah terindah kurniaan Ilahi kepada hambanya. Syukur Alhamdulillah dengan adanya sepasang kaki ini pergerakan menjadi mudah dan lancar. Semoga kaki ini akan terus melangkah ke tempat yang diredai oleh-Nya seperti majlis ilmu. Selain dari itu kaki ini juga digunakan untuk melangkah ke rumah Allah dan ke tempat kerja. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.

Kaki. Awal hari ini di tempat kerja, kaki ini telah melangkah ke dewan besar dengan hasrat untuk melihat dan membantu tugas-tugas yang diperlukan di sana. Tugas penting bagi satu majlis gemilang yang bakal berlangsung keesokan harinya. Namun hati ini pada awalnya berbelah bahagi antara hendak pergi dengan tidak kerana jemputan untuk tugas berkenaan ditujukan kepada orang tertentu sahaja. Bukan kerana hendak berkira tetapi memikirkan keutamaan tugasan di pejabat. Kemudiannya dikuatkan juga tekad untuk melangkah ke dewan besar itu.

Bukan tiada kenderaan tetapi enggan menyusahkan orang lain. Selain dari itu dapat juga memecahkan lemak yang bertapa di segenap sudut kulit ini.

Kaki. Kesedaran mengenai lalai dan cuai itu hadirnya agak lewat. Setelah terjelepuk jatuh terduduk atas lantai baru tersedar. Kerana hendak cepat tiba, mata asyik memerhati pintu di sana tanpa peduli aras lantai yang tidak rata. Kesakitan awal itu dirasakan seketika cuma. Digagahi melangkah kaki meneruskan sisa langkah yang berbaki. Berehat seketika sambil memerhati suasana di dalam dewan. Selesai sudah kerja mereka... hadirku di dewan besar ini agak terlewat. Tidak mengapa, kerana saya bukanlah ajk besar. Sekadar menempel muka menunjukkan hidung yang tidak mancung, terasa juga seperti pipi yang tersorong-sorong. Dibiarkan saja.



Bukan kaki mereka yang terseliuh. Gambar sekadar hiasan

Kaki. Apa juga yang berlaku semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Kita tidak akan tahu betapa sakitnya kaki terseliuh melainkan setelah kita merasainya. Kita juga akan terus lalai selagi kita tidak diuji. Semoga ujian kecil ini mampu memberi ingatan dan pengajaran buat diri ini. Semoga kesakitan ini berbaloi dan mendapat ganjaran darinya.


Sepintas lalu berkisar suasana pagi tadi. Gambar candid ini diambil grup wasap. Terima kasih kepada pengirim gambar ini yang memberikan saya kekuatan untuk menulis tentang apa yang berlaku pagi tadi.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Carian