Pengikut Setia

11 Februari 2015

10 Februari 2015

Susah sangat nak lompat atau takut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susah sangat nak lompat atau takut



Selalu sangat dari dulu bukannya tidak tahu. Bab lompat melompat ni saya selalu tewas. Hatta masa sukan sekolah pun setiap kali tiba acara sukan lompat tinggi atau lompat jauh, saya tidak pernah terpilih walaupun sebagai calon simpanan. Setiap kali hendak melompat rasa seperti terlalu berat. Entahlah berat punggung atau berat kaki. Sampai cikgu sukan pun naik hairan. Maaf lah cikgu anak muridmu ini memang tiada bakat untuk melompat.

Dan sekarang, walapun bukan dalam acara sukan saya tetap tidak berani nak lompat-lompat. Bukan kerana selesa dengan keadaan sekarang tetapi sebab itu sukar untuk digambarkan.

Mungkin bagi sesetengah orang lompat-lompat dari satu jawatan atau jabatan pekerjaan adalah perkara biasa bila tidak selesa denfan sesuatu situasi. Jika itu suatu kemestian baginya dan lompatan itu mampu membawa kebahagiaan yang dicari, teruskan saja. Namun kita harus memikirkan kesan dan akibat dari keputusan yang kira ambil.

Sesuatu keputusan yang diambil biarlah melalui pemikiran yang waras supaya kita tidak terjebak dengan kesan yang tidak baik.

posted from Bloggeroid

09 Februari 2015

Setiaku masih di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiaku masih di sini

Tiba-tiba teringat lagu yang pernah dipopularkan oleh Haleeda tidak berapa lama dulu.  Walaupun tidak hafal sepenuhnya tetapi ingat jugalah beberapa bait-bait ayat yang boleh dikaitkan dengan Setiaku masih di sini.

Kaedahnya saya nak bagi tahu sekarang ni sedang sibuk sangat tak sempat ak celoteh panjang lebar.  nak menulis nak mengarang tak sempat tetapi sempat jugalah jengok blog kawan-kawan.  Nak tinggal jejak pun tak sempat juga.


Tumpang tuah Alexa Rank

Cukuplah nak memaklumkan bahawa saya amat terharu dengan sokongan anda semua sehingga memungkinkan Rank Alexa kembali berseri.

Terima kasih semua.

Carian