Pengikut Setia

08 Februari 2015

Pertama kali minum Kopi Penawar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertama kali minum Kopi Penawar


Alhamdulillah, rasanya memang sedap.  Namapun kopi percuma.  Kopi pemberian mak mertua ketika datang ke rumah minggu lepas. Tidak pernah terfikir pun nak cuba beli atau minum kopi ini, ketika melihatnya di sebuah kedai makan. Tetapi tidak tergamak pula nak menolak pemberian mak mertua. Pemberiannya tidaklah banyak cukup sekadar untuk rasa barang 3 ke 4 hari. Jadilah, orang memberi kita merasa.

Kata jer tak pernak nak cuba, tapi bila dah dapat minum juga. Sekali dah cuba minum sedap pula rasanya. Nasib baik tidak jadi bahan rebutan.

Air kopi di rumah ini tidak perlu risau berebut dengan anak-anak kerana mereka tidak suka minum kopi... pahit. Begitulah semasa di dalam pantang, selamat kopi untuk 2 bulan. Kecuali air coklat atau milo memang kena kongsi dengan anak-anak. Suami pun kurang minum kopi macam ni, melainkan kopi o.


Kopi Penawar Penyakit Rohani Jasmani


Kopi pra campur (3dalam1) turut mengandungi pati kemuning hitam & habbatus sauda. Telah dirukyahkan oleh al-Fadhil Ustaz Sharhan. Kopi ini selain sebagai minuman harian juga amat berkhasiat sebagai penawar bagi penyakit rohani dan jasmani.

Kopi sebegini biasanya saya minum waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Saya tidak akan minum waktu petang atau malam kerana akan mengganggu masa tidur.

Sekarang stok kopi penawar sudah habis. Nak cari di kedai mana boleh saya beli untuk stok di rumah dan elok juga sebagai hadiah ... kot!?

Lihat dulu mana boleh jumpa.

Sekian. ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

07 Februari 2015

Sudah pandai makan biskut sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makan biskut cicah susu

Malam ni nak buat cerita sikit pasal Abid. Anak bongsu yang sudah pandai makan biskut cicah susu suam. Tidak mahu disuap, nak buat sendiri. Biskutnya kena pecahkan siap-siap. Kalau tidak dikepakkan habis bersepai biskut dibuatnya.



Anak-anak bila dah mula pandai nak buat sesuatu dengan sendiri memang patut diberi galakan. Tidak patut disekat. Jika bimbang rosak atau sebagainya kita kena awasi dan perhatikan.

Dia pandai nak buat sendiri bila dia melihat abang atau kakaknya. Contoh yang terbaik setakat ini.

Selamat berusaha.

posted from Bloggeroid

Pilihan cecair pencuci pinggan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cecair pencuci pinggan


Terdapat banyak jenama pencair pencuci pinggan. Ada dari jenis pekat atau cair, warna kuning atau oren dan hijau yang biasa kita jumpa di pasaran.

Jika nak dikirakan jenama rasanya tidak terhitung dek jari jemari. Ada yang dijenamakan semula dari nama asal. Ada juga yang kita tidak pernah dengar atau lihat di media. Ada juga jenama dari katalog jualan langsung. Dan biasanya cecair pencuci pinggan dari katalog jualan langsung harganya agak mahal sedikit dari harga di pasaran runcit. Mungkin juga kerana setanding dengan kualiti dan keberkesanannya dalam membersihkan pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Sajalah nak bangkitkan isu pasal cecair pencuci pinggan sebab hari ni kan cuti, orang tak baca sangat pasal isu-isu ditempat kerja hari ni.

Cecair Pencuci Pinggan Turun Harga


Tengahari tadi dalam tv atau dalam akhbar mungkin juga telah dikhabarkan mengenai penurunan harga barang hasil pertanian antara 10-20%. Mudah-mudahan harga barang pengguna yang lain juga akan diturunkan. Seperti harga cecair pencuci pinggan.

Hari ini, harga pencuci pinggan seperti gambar di atas didiskaunkan sedikit. Sepatutnya boleh diturunkan sedikit lagi untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam perbelanjaan yang lain bagi keperluan isi rumah.

Sebagai pengguna kita berhak memilih yang terbaik sebelum membuat pembelian. Beli barangan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Bila pengguna bersatu penjual juga pasti lebih perihatin dan tidak mudah mengambil kesempatan.

Bersama kita tingkatkan suara dan hak pengguna.

Sekian.
posted from Bloggeroid

Carian