Pengikut Setia

16 Januari 2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Sakura


Kuatkan semangat untuk buat entri lagi.  Kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan tugas.  Walaupun sibuk perhatian blog harapnya tidaklah terabai.  Semoga semua kesibukan itu berbaloi dan dimudahkan.


Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku


Entri kali ini adalah untuk segmen bloglist Sakura yang dianjurkan oleh rakan blogger pemilik blog Qasehku, Anis.

Sakura bunga yang cantik berasal dari Jepun dan pastinya menjadi pujaan ramai wanita.  Maklumlah wanita seringkali dikaitkan dengan warna pink atau merah jambu.  

Saya sebenarnya tidak pernah jumpa bunga Sakura asli sebaliknya pernah menyimpan bunga sakura tiruan pada zaman sekolah. Ketika itu tidak banyak rumah menyimpan bunga sakura kerana baru diperkenalkan.  

Bunga Sakura sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dalam rumah memandangkan warnanya yang lembut dan mendamaikan.  Bezanya dengan anak-anak yang masih kecil kurang sesuai sangatlah. Tidak pastilah apa yang akan berlaku tetapi saya boleh bayangkan apa yang bakal berlaku di rumah saya bila saya meletakkan sejambak bunga sakura atas meja atau sebagai hiasan di sudut ruang tamu. Alamatnya tinggal tangkai dan berguguranlah Sakura atas lantai.

Eh eh... saya cerita panjang pasal bunga sakura tiada siapa yang suruh tetapi saja ambil kesempatan untuk bercerita mengenai Sakura yang saya tahu.

Sebenarnya Segmen ini akan tamat bila penyertaan dalam segmen ini mencecah 100 blog. Untungnya 100 blog yang menyertai segmen ini akan masuk dalam bloglist Anis.  Siapa kata tak untung... memang rugi.

Okey, jom beri sokongan kepada Anis dan sambil berkenalan dengan rakan blogger yang lain.

Klik banner di atas untuk turut serta.

Terima kasih.


Mutiara kata #10/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Boleh jadi kamu benci


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)


15 Januari 2015

Bilik tengah sudah kosong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bilik tengah


Sudah dikosongkan

Di rumah ini ada 3 bilik semuanya. Bilik utama, bilik kedua dan bilik ketiga. Semua bilik digunakan sepenuhnya untuk kegunaan keluarga. Bilik yang paling penting adalah bilik utama. Bilik kedua dinamakan bilik tengah dan lazimnya digunakan sebagai bilik bacaan, setor untuk menyimpan permainan anak-anak.

Bilik tengah ini dahulunya dijadijan sebagai ruang santai keluarga, tetapi setelah kelahiran anak ketiga bilik ini dijadikan sebagai bilik semula. Banyak sejarah yang tercipta.

Bilik ini juga pernah dijadikan sebagai bilik pengantin. Kerana itulah banyak barang di bilik berkenaan terpaksa dipindahkan sementara ke bilik bersebelahan. Sesak jadinya bila bilik utama penuh dengan barang mainan anak-anak.

Dan, petang tadi bilik tengah dikosongkan kerana perabot milik pengantin telah dipindahkan kepada tuannya. Agak letih juga bukan kerana mengosongkan bilik tengah ini tetapi bila mengenangkan kena susun semula perabot lain iaitu katil bujang dua tingkat. Biarpun letih pemasangan katil berkenaan harus juga dilaksanakan segera supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang.

Aduhai... selamat mengemas.

( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

Carian