Pengikut Setia

11 Januari 2015

Doa untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa untuk hari ini





Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami,
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah.
Berikanlah kesembuhan untuknya,
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.

Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu.
Mohon kuatkanlah dia untuk mampu bertahan dan bersabar.
Dan hiburlah dia dengan penuh kurnia-Mu,
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari,
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya,
Sombong, iri hati, dengki dan dusta,
Mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya ya Allah.

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajaka, Bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِ


ْ

posted from Bloggeroid

10 Januari 2015

Selesai jahit baju kurung sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung sekolah



Alhamdulillah.

Setelah berhempas pulas dengan mesin jahit yang meragam bercampur pula dengan pembantu "tanpa izin", siap juga baju kurung sekolah untuk anak perempuan yang seorang ni, Irdina Huda.

Dua pasang semuanya dan sehelai kain hijau untuk sekolah KAFA. Jika berkesempatan boleh buat dua helai lagi baju kurung putih, ada lebihan kain sikit lagi. Tapi bukan masa terdekat ni sebab baju kurung tahun lepas boleh pakai lagi. Jadilah dulu. Tunggu umi kumpul masa dan semangat baru... hehehe.

Nak tunjuk model, dah tidur pulak. Petang tadi sempatlah cuba pakai sukat leher baju dan labuh kain. Rehat sekejap dan sambung semula pun dah agak lewat juga. Baju kurung tu pun tak lengkap lagi, esok baru nak jahit butang. Malam ni dah letih, mata pun dah tak nampak nak cucuk benang kat jarum.

Kerja-kerja menjahit macam ni memang saya suka, tetapi kena kumpul masa dan semangat sebab mesin jahit kena simpan. Kalau tidak memang selamatlah dikerjakan engineer tak bertauliah.

Sekian. Selamat malam.

posted from Bloggeroid

Untuk apa kita berbangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Untuk apa kita berbangga



Ada baiknya kita tukar dari berbangga dengan bersyukur, kerana kita ada semuanya.
Walaupun pada pandangan mata kasar manusia lain atau mata kasar kita sendiri, apa yang kita ada itu kelihatan seperti tidak sempurna. Tetapi itu adalah lebih baik dari orang lain yang tidak punya apa-apa (juga pada pandangan mata kasar kita).

Tidak perlu kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.

Sentiasa bersyukur semoga Allah menambah keberkatan atas apa yang kita ada. In shaa Allah.

Semoga hidup kita dijauhkan dari sifat mazmumah,

Walla hua'lam

posted from Bloggeroid

Carian