Pengikut Setia

10 Januari 2015

Selesai jahit baju kurung sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung sekolah



Alhamdulillah.

Setelah berhempas pulas dengan mesin jahit yang meragam bercampur pula dengan pembantu "tanpa izin", siap juga baju kurung sekolah untuk anak perempuan yang seorang ni, Irdina Huda.

Dua pasang semuanya dan sehelai kain hijau untuk sekolah KAFA. Jika berkesempatan boleh buat dua helai lagi baju kurung putih, ada lebihan kain sikit lagi. Tapi bukan masa terdekat ni sebab baju kurung tahun lepas boleh pakai lagi. Jadilah dulu. Tunggu umi kumpul masa dan semangat baru... hehehe.

Nak tunjuk model, dah tidur pulak. Petang tadi sempatlah cuba pakai sukat leher baju dan labuh kain. Rehat sekejap dan sambung semula pun dah agak lewat juga. Baju kurung tu pun tak lengkap lagi, esok baru nak jahit butang. Malam ni dah letih, mata pun dah tak nampak nak cucuk benang kat jarum.

Kerja-kerja menjahit macam ni memang saya suka, tetapi kena kumpul masa dan semangat sebab mesin jahit kena simpan. Kalau tidak memang selamatlah dikerjakan engineer tak bertauliah.

Sekian. Selamat malam.

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Wahhh.. Bestnyer pandai menjahit..

    BalasPadam
  2. Bestnya... baju mak jahit sendiri.. eija dulu ada bljr kat giatmara lama dah tak prktis risau lupa hihi

    BalasPadam
  3. alhamdulillahhh anak pakai baju yg ibu jahit. berkat tu. =)

    BalasPadam
  4. Buat sendiri lagi puas hati dan berbaloi. Bertuah kerana punya kemahiran.
    Kalau saya, bangga sangat bila pakai baju yang mak buat... :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian