Pengikut Setia

23 Disember 2014

Kekalutan dan keliru ini pasti terpadam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalut dan keliru



Baru semalam rasanya hendak rasa tenang sedikit dalam menguruskan hidup. Hari ini kekalutan itu datang lagi. Ketenangan ini seakan diragut sang pencopek misteri. Menguruskan diri dalam keterpaksaan begini terasa semakin sesak dan menyesakkan juga memualkan.

Hujung tahun begini lazimnya ramai yang bercuti panjang kononnya untuk menghabiskan cuti yang masih berbaki. Bercuti bersama keluarga, melancong dan balik kampung. Cemburu pun ada juga dengan mereka. Tetapi itu rezeki mereka, rezeki dan peluang untuk saya belum tiba lagi.

Tiba-tiba sakit kepala ini datang semula. Mungkin kerana penat memikirkan perancangan yang gagal terlaksana dengan baik. Sakit ini pastinya berulang, entah sampai bila akan berterusan begini. Penat rasanya memikirkan perkara yang tak henti kunjung tiba. Bermusim bukanlah halangan tetapi tibanya sederap sehingga terasa terlalu berat. Adakah kerana salah sendiri? Ujian ini rela kuterima. Agar terganti cacat cela di mana berada.

Keliru dengan fungsi diri atau fungsi mereka. Setiap gerak geri mereka perlu diperhatikan agar tugasan terlaksana mudah. Tetapi segalanya tidak semudah petik jari, apatah lagi semudah kacang. Tersilap langkah deranya tak sudah. Bertimpa-timpa, bertalu-talu, bertubi-tubi bersilih ganti datangnya menindih waktu. Rasanya sudah tiada daya mengenjak graf yang kian menurun. Menepis masa silam juga semakin sukar.

Apapun yang terjadi, doaku semoga setiap urusan hidup ini dipermudahkan. Biarpun sukar mampu diselesaikan dengan baik walaupun tindak sempurna. Kerana kita hanya manusia biasa.

posted from Bloggeroid

Segmen: Ini Entry terbaik 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen:  Ini Entry terbaik 2014


Terjumpa segmen menarik lagi untuk hujung tahun 2014.  Terasa nak turut serta tetapi tidak cukup masa pula nak buat entri.  Kalau sekadar tempek gambar dan bagi link segmen rasa seperti kurang manis pula.  Jadi dah dua hari simpan entri ni dalam kotak draf.  Konon-konon bila ada masa nanti boleh lah mula menulis.   

Belek punya belek kotak draf, dah bertepek entry draf yang tersimpan.  Ada beberapa entri yang ada tarikh luput termasuk entri ini.  Segmen Entri Terbaik 2014.  Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger Diana Rashid, akan tamat pada 25 Disember 2014.  Senyum!!! Eh... sambung lah 






Mencari Entri Terbaik

Sehingga entri ini dikeluarkan pada hari ini (23/12/2014), terdapat lebih daripada 780 entri telah dikeluarkan untuk tahun 2014.  Hasrat hati nak buat entri sehingga 1000 atau lebih.  Melihatkan kepada masa memang dah tak sempat lah untuk tahun 2014.  Nak cuba pula untuk tahun 2015, jadikan sebagai KPI untuk blog ini. Kan...

Okey, daripada 788 entri yang telah dikeluarkan sudah pastinya semua entri berkenaan yang terbaik yang sempat dikeluarkan.  

Untuk tujuan entri ini, saya letakkan link yang mendapat sambutan ramai.  Dalam banyak-banyak entri yang mendapat sambutan ramai, berikut disertakan antara link bagi entri terbaik untuk tahun 2014.

  1. Mencari Alasan Munasabah Untuk Cuti (701)
  2. Corak Tribal Untuk Wallpaper  (151)
  3. RTK | Saat Orang Berkata Buruk Mengenai Kita (174)
Jadilah dulu untuk segmen entri terbaik kali ini.  Tak boleh letak banyak-banyak nanti naik muak pulak orang bacanya... Eh... ada ke orang nak baca blog picisan ini?  Ada kan. :D

Kepada semua jom kita beri sokongan kepada rakan blogger, Diana Rashid.  Klik banner di atas untuk turut serta, sebelum 25/12/2014.

Sekian.





Sentiasa menjaga dan melaksanakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sentiasa menjaga dan melaksanakan


gambar hiasan


Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.

(Salah seorang ahli hikmah)


Carian