Pengikut Setia

22 Disember 2014

GA SIMPLE ~ PLANNER ISLAM 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GA SIMPLE ~ PLANNER ISLAM 2015


Seperti kebiasaannya bulan Disember antara bulan yang dinanti.  Antara lain kerana ianya adalah bulan yang paling bongsu dari 12 bulan yang ada, juga sebagai tanda menunjukkan bulan berikutnya kita semua akan menjejakkan kaki ke tahun baharu.

Akak tak boleh sangat lah nak buat ayat-ayat skema macam di atas tu... rasa geli jer jari ni.  Korang yang baca jangan pulak rasa nak wek wek...

Macam ni, akak nak cerita sikit mengenai GA Simple Hujung Tahun yang dianjurkan oleh Cik Siti Mar.  GA ringkas ini diadakan mulai 16 - 24 Disember 2014.


GA ini agak unik juga, kerana hadiah yang ditawarkan merupakan planne @ perancangan eksekutif Islam untuk tahun 2015.  Akak suka sangat sebab untuk tahun 2015 ni, akak belum beli lagi planner. Buat sendiri adalah :-D.  Untung sabut timbul untung batu tenggelam.  Mana tahu kot-kot ada rezeki akak kan... dah tak perlu beli.  Jimat sikit bajet. 
Cepat klik banner di atas untuk turut serta dalam perebutan planner terhebat tahun 2015.
Jom join, cepat-cepat jangan bertangguh lagi.

21 Disember 2014

Kegagalan bukan kesalahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara kegagalan dan kesalahan



Kita sering tertipu antara maksud gagal dan kalah. Saya sendiri sebenarnya masih tercari-cari makna kekalahan dan kegagalan.

Bagi saya maksud bagi kegagalan sama seperti yang dinyatakan dalam gambar diatas, ia bukanlah satu kesalahan. Kerana kita telah mencuba dan berusaha untuk perolehinya. Namun itu semua ketentuan dariNya.

Adalah tidak adil untuk kita melemparkan kemarahan atas sesuatu kegagalan.

Reda dan pasrah bukan mengaku kalah tetapi memberi ruang untuk kita perbaiki tindakan kita.

Kegagalan bukan kesalahan.
posted from Bloggeroid

20 Disember 2014

Doa Puteri Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum dan selamat sejahter,



Doa Puteri Rasulullah




Wahai Tuhanku yang hidup dan berdiri sendiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku.

Amiin. Semoga diperkenankan.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Carian