Pengikut Setia

19 Oktober 2014

Bicara sebongkah emas

Assalamualaikum


Bicara sebongkah emas




Jika kita berbicara dan menyebabkan kerugian besar umpama sebongkah emas maka diam itu adalah emas. Maknanya lebih baik diam kalau bila kita bercakap boleh menyebabkan orang lain dan sakit hati.

Diam yang bernilai emas adalah diam yang diletakkan pada saat yang tepat.

Tetapi, jika kita seharusnya berbicara yang bernilai emas, yang mencegah terjadinya kerugian besar, maka diam adalah pengingran tugas yang merugikan.

Namun, sebelum kita memulakan sesuatu bicara seharusnya difikirkan dahulu sejauh mana bicara itu mampu memberikan kita sebongkah emas. Atau, bicara kita itu langsung tiada nilai.

#Fakta: 90% dari keputusan yang kita ambil bersandarkan kepada emosi dan perasaan.

Sekian.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Ada apa dengan Solat Tahajjud

Assalamualikum dan selamat sejahtera,




Gambar hiasan

Ada apa dengan Solat Tahajjud.


Berikut adalah petikan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Dari Bilal ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perlukan olehmu solat malam, maka bahawasanya solat malam itu amalan / tradisi orang-orang soleh sebelum kamu, penghampiran diri kamu kepada Tuhan kamu, dan pencegahan daripada dan penghapusan bagi kejahatan -kejahatan, dan penolak bagi penyakit dari badan."
(Riwayat Tirmizi)

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

18 Oktober 2014

Aplikasi Decorate your walk-in closet

Assalamualaikum


Decorate your walk-in closet merupakan aplikasi permainan yang baru saya install di phablet ni. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak gadis berdua tu... Dina dan Inas. Apa lagi alasan yang boleh mak-mak bagi untuk menjelaskan sebab sebenarnya. ( ^_^ )/~~拜拜




Sebelum bagi mereka berdua cuba permainan ni... mak kena tengok dulu apa yang boleh dilakukan. Agak-agak tak sesuai kenalah uninstall aplikasi tu.

Apa pun mak kena mahir dulu dengan aplikasi ini, sekiranya ia sesuai. Dah mahir barulah boleh bagi tahu mereka apa dan bagaimana nak guna. Tetapi kan... budak-budak sekarang ni celik IT sangat... tunjuk sikit saja, tahu dah deme mana nak explore. Kadang-kadang deme yang lebih advance pulak.

Bila dah install aplikasi macam ni harapnya nanti mereka puas hati dan tidak lagi sibuk nak buka youtube... bajet sikit.

Okey... nak tengok sat apa yang boleh dibuat dengan Aplikasi Decorate your walk-in closet

Terima kasih.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Carian