Pengikut Setia

05 Oktober 2014

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Selamat hati raya Aidil Adha.


Semoga hari raya korban tahun ini membawa penuh makna dan erti dalam kehidupan kita.


posted from Bloggeroid

04 Oktober 2014

Menilai erti pengorbanan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,


Menilai erti pengorbanan



Pengorbanan boleh dikatakan juga sebagai satu penghormatan. Kerana erti pengorbanan itu bagi setiap individu berbeza mengikut tahap keupayaan. Tidak semua orang mampu berkorban dengan wang ringgit untuk membiayai korban. Lantaran itu adalah menjadi satu penghormatan kiranya dia diberikan sedikit daripada hasil korban yang diusahakan oleh orang lain.

Sudah semestinya kits semua dituntut untuk melaksanakan korban kerana ia sebahagian daripada ibadah yang dituntut bagi yang mampu dan berkeupayaan. Tidak dinafikan juga ganjaran yang besar bakal diperolehi oleh orang yang melaksanakan ibadah yang dituntut pelaksanaannya itu setahun sekali. Bezanya ganjaran yang bakal diperolehi itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak sedikit pengertian pengorbanan. Korban itu sendiri bukanlah terhad kepada korban haiwan tertentu semasa Aidil Adha, tetapi lebih dari itu.

Hanya insan tertentu yang tahu nilai pengorbanan yang telah dilakukannya.

Semoga pengorbanan ikhlas kita itu dinilai dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam melaksanakan kewajipan hidup di muka bumi ini.

Wallahu A'lam.

Selamat Hari Raya Eidul Adha. Maaf Zahir dan Batin.

posted from Bloggeroid

02 Oktober 2014

Sakit kepala selepas kursus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Seperti dinyatakan awal pagi tadi, hari ini dan esok saya menghadiri bengkel pengurusan lean. Selesai bengkel masuk ofis sekejap sebuk kawan-kawan dok tanya apa dia lean.

Alamak nak jadi penceramah la pulak. Macam ni, LEAN adalah koleksi proses penambahbaikan yang telah dikenalpasti dan diaplikasikan dalam melaksanakan proses kerja harian. Dalam erti kata lain LEAN juga boleh dikatakan sebagai proses meringkaskan dan memudahkan urusan kerja untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Contohnya memendekkan masa menunggu, memudahkan pergerakan dan menempatkan orang yang betul di tempat yang betul.

Memang pening kepala dibuatnya. Banyak 'kerja' yang perlu dilakukan untuk mencapai kepada 'lean management'.

Esok sambung lagi sehari.

posted from Bloggeroid

Carian