Pengikut Setia

02 Oktober 2014

Sakit kepala selepas kursus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Seperti dinyatakan awal pagi tadi, hari ini dan esok saya menghadiri bengkel pengurusan lean. Selesai bengkel masuk ofis sekejap sebuk kawan-kawan dok tanya apa dia lean.

Alamak nak jadi penceramah la pulak. Macam ni, LEAN adalah koleksi proses penambahbaikan yang telah dikenalpasti dan diaplikasikan dalam melaksanakan proses kerja harian. Dalam erti kata lain LEAN juga boleh dikatakan sebagai proses meringkaskan dan memudahkan urusan kerja untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Contohnya memendekkan masa menunggu, memudahkan pergerakan dan menempatkan orang yang betul di tempat yang betul.

Memang pening kepala dibuatnya. Banyak 'kerja' yang perlu dilakukan untuk mencapai kepada 'lean management'.

Esok sambung lagi sehari.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Kalau badan kita "lean" bagus juga kan ... hehe.

    BalasPadam
  2. Kalau saya nak pergi kursus, saya pastikan saya ambil vitamin mencukupi plus ambil peppermint untuk kesegaran...in sya Allah.;-)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian