Pengikut Setia

22 September 2014

Kami tetap tamak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





"Wahai Tuhanku,
kami telah lalai lupa,
namun kami tetap tamakkan
KeampunanMu dan sifat pemurahMu
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu
Dan juga kami tamakkan syurga
bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon padaMu, wahai Tuhanku
dari sudut hati yang paling dalam"

Di atas adalah petikan dari rangkap pertama untuk sebuah syair Arab yang popular. Terdapat beberapa rangkap lagi tetapi saya tak sempat merakam semuanya.

Saya fikir ramai yang tahu rangkap penuh syair ini dalam bahasa Arab.

Daripada petikan itu... memang kita tamak kan? Walaupun kita sering meninggalkan suruhanNya tetapi tetap dambakan syurga dan keampunanNya. Bagi saya apa juga keistimewaan yang ditawarkan kepada kita seperti syurga merupakan motivasi kepada kita untuk berbuat baik dan patuh kepada suruhanNya.

Sekian.

~(@^_^@)~
Bloggeroid, petikan, syair,

posted from Bloggeroid

Banyak juga perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Apapun yang berubah sudah pasti mendatangkan kesan kepada pelaku ataupun pemikir. Hatta orang yang melihat juga akan merasai perubahan itu.

Kita yang berubah dan berupaya berubah mengikut peredaran masa seiring dengan kehendak semasa.

Seperti yang dialami oleh blog ini... perubahan sentiasa berlaku. Kadang-kadang satu hari boleh dapat sampai 6 entri. Ada ketika satu hari satu entri. Namun agak memyedihkan bila dua atau tiga hari baru dapat hasilkan entri.

Semuanya kerana perubahan yang berlaku kepada pemilik blog ini. Perubahan dari segi agihan masa untuk keluarga, kerjaya dan diri sendiri. Pertambahan beban dalam kerja hakiki memang tidak dapat dielakkan. Semua ini menuntut pengorbanan dari segi agihan masa juga wang ringgit.

Kenapa wang ringgit?

Kerana wang ringgit itu diperlukan untuk membaikpulih notebook dan juga netbook yang berusia hampir 8 tahun. Oleh kerana sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti tugas rasmi di pejabat termasuk melayan kerenah anak-anak dengan kartun, cd dan juga youtube... oowhhh banyak sungguh alasan.

Tetapi itulah pengorbanan dan perubahan yang sedang dilalui.

Tidak mudah untuk menjadi blogger yang berjaya. Tidak susah juga untuk berjaya.

Semoga detik-detik perubahan yang dilalui ini memberikan kita sedikit ruang untuk berfikir sejenak mengenai turutan perjalanan kehidupan yang telah kita lalui dan bakal kita tempuhi.

Selamat berblogging. Berikan sedikit masa untuk saya selusuri jejak kalian di blog ini. Terima kasih.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

19 September 2014

Giveaway Saya Nak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Giveaway Saya Nak!


http://sweetmissfifi.blogspot.com/2014/09/giveaway-saya-nak.html
Klik Banner!!!

Oleh kerana sejak kebelakangan ini masa untuk buat entri sendiri dah semakin kabur maka hari ini hasrat hati nak join giveaway.

Tak kisahlah tajuk apa pun asalkan blog ini tidak berdebu yang bakal mengundang sawang.

Untuk pengetahuan semua, giveaway ini dianjurkan oleh Miss Fifi who is sometimes freaks herself out :D.  

Hadiah giveaway ini amatlah menarik, iaitu RM25 untuk shopping online!

Best kan?

Cepat-cepat klik banner di atas untuk turut serta.



(*-*)

Carian