Pengikut Setia

11 September 2014

Kebocoran idea bukan persoalannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Melayan kerenah anak-anak memang mengasyikkan walaupun dalam keadaan penat. Ada saja kerenah anak-anak... bersyukur atas nikmat dariNya kerana diberi peluang untuk melihat dan memerhati kerenah mereka.

Dalam hal ini kebocoran idea bukanlah persoalan utama untuk menghasilkan entri. Kerana setiap dari kita mempunyai cara dan kaedah yang berbeza untuk menghasilkan entri yang terbaik dalam hidupnya.

Kebocoran idea mungkin tidak sama dengan kebocoran soalan kerana ia melibatkan isu yang berbeza walapun kata kuncinya adalah sama. Idea itu hak individu dan mungkin juga boleh diciplak oleh orang lain kerana di keliling kita dipenuhi dengan gelombang yang mungkin bertembung dengan jasad orang lain. Lantas tidak hairanlah kadang-kadang kita akan bertemu dengan karya dan penulisan yang sama.

Kebocoran soalan pula melibatkan banyak pihak dan ia turut mencerminkan integriti individu tertentu. Memandangkan integriti adalah soal hati.

Bukanlah tujuan entri ini diterbitkan untuk mengulas lanjut isu berkaitan kebocoran soalan upsr atau mana-mana peperiksaan tetapi lebih kepada update blog. Beberapa hari kebelakangan ini tidak banyak entri dapat dikeluarkan kerana kebocoran masa dan peluang untuk menulis.

Kepada rakan blogger yang telah tag saya dalam beberapa entri... jangan kecewa kerana tag anda telah saya perhatikan dan akan susul bila tiba masa yang sesuai.

Terima kasih kepada semua atas perhatian. Samalah kita menjaga integriti diri semoga tidak mendatangkan kesusahan di kemudian hari.

~(@^_^@)~~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

10 September 2014

Rabu Tanpa Kata | Jack 'n Jill Magic Cracker Sandwich

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biskut berlapis krim berperisa mentega.  
Enak dimakan untuk alas perut.

08 September 2014

Lumrah yang tidak patut diamalkan walaupun seketika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Terlewat sangat kemaskini blog untuk hari ini.
Kelewatan sebegini bukanlah tidak pernah berlaku.
Sudah lumrah bila kesibukan bertamu di muka pintu maka perhatian kepada yang lain akan berkurangan.

Sudah sering dan seolahnya menjadi lumrah sesetengah individu apabila mendapat arahan, akan memberikan jawapan "tidak tahu". Walaupun dia tahu bahawa itulah jawapan yang sewajarnya.

Natijahnya... orang lain yang menjadi mangsa untuk menjawab kepada jawapan yang "tidak tahu". Orang lain terpaksa mengambil tahu banyak perkara bagi mendapatkan jawapan sehingga tugasnya yang lain tergendala.

Tolonglah... elakkan daripada menjawab "tidak tahu" sebelum mencari jawapan sebenarnya.

Berusahalah untuk memberikan jawapan selain daripada "tidak tahu".

Berilah sedikit simpati kepada orang lain yang terpaksa menjawab persoalan yang bukan sepatutnya dia cari.

Jika tiada jawapan dan malas berusaha jangan pula dipertikai penghargaan yang diberikan kepada orang lain di atas usahanya.

Lumrah manusia yang suka memberi jawapan "tidak tahu" perlu dikikis dan tinggalkan. Kita bukan anak kecil yang tidak tahu mencari jawapan.

Berusahalah untuk menjadi yang terbaik, jika tidak kepada jabatan kepada diri sendiri.

Selamat! ( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

Carian