Pengikut Setia

30 Ogos 2014

Kadang-Kadang terlepas dan terpaksa melepaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Ada ketika kita hendak sangat buat sesuatu atau menghadiri sesuatu majlis. Tetapi hasrat kita tidak kesampaian. Lalu kita rasa kecewa kerana hasrat kita tidak tercapai.

Akan tetapi kita harus segera sedar bahawa tiap sesuatu itu ada hikmah dan sebabnya. Bagi saya bila mana hasrat itu tidak tercapai saya berpendapat bahawa Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik.

Oleh itu, kita hendak berfikiran positif bila mana ada orang tidak hadir ke majlis kita. Kerana kita juga ada masa tidak dapat memenuhi undangan orang lain walaupun kita telah berusaha untuk menghadirinya.

Jangan pula kita berkecil hati dan mengata yang bukan-bukan. Semoga kita dan keluarga kita mendapat rahmat dan diberkati.

posted from Bloggeroid

SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist

Klik banner untuk join.

Jom kita meramaikan Segmen Kapas Putih.
Untung untuk dapat foto editing percuma.
Kapas Putih ni... memang kreatif orangnya.

Cepat Klik Banner di atas.

Segmen ni berakhir pada 7.59 am, 2 September 2014

Nasihat dan pesanan untuk orang muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Nasihat dan pesanan


gambar hiasan

Nasihat dan pesanan ini bukan sahaja untuk orang muda tetapi untuk siapa saja yang rasa ianya berkenaan. Jangan pula sampai naik angin dan mengamuk tak tentu pasal pulak...kita sama-sama ambil iktibar.


Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.
(HR Muttafaq Alaihi)


Carian