Pengikut Setia

25 Ogos 2014

Putihkan hari dengan motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Putihkan hari Isnin dengan Motivasi


Isnin, 
Mulanya hari bekerja 

Isnin,
Kelmarin meja ini ditinggalkan dengan riang
Meja ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki longgokan kerja

Isnin,
Hari ini meja itu penuh kembali dengan pelbagai macam istilah
Baru terasa sebenarnya meja ini bukan ditinggalkan bersendirian
Biarpun pintu itu berkunci
Inovasi mencipta pintu dibuka untuk dilonggokkan kerja atas meja
Ha ha ha...

Isnin,
Ku mengharapkan motivasi di awal pagi ini mampu memutihkan semangat yang lemau
Inilah hari Isnin... penuh dengan kontroversi
aku yang perlu berubah demi membawa semangat baru 
Motivasi hari ini..... menjelang tengahari semua kerja yang dirancang sewajarnya disiapkan
Ketepikan gosip-gosip 'liar' yang menerawang di muka pintu 
Tumpukan sepenuh perhatian
Semoga layar khidmat hari ini berkibar megah semegah jalur gemilang.



23 Ogos 2014

Mood melayang-layang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari Sabtu hari cuti umum bagi sesetengah orang.
Hari untuk dihabiskan bersama keluarga.
Hari Sabtu juga ada jemputan rumah terbuka yang harus dihadiri.
Juga hari untuk masak-masak untuk ahli keluarga.

Bagaimana rasanya nak habiskan hujung minggu ini dengan penuh kebahagiaan kiranya hati dan perasaan tidak ketahuan?
Luangkan masa dengan anak-anak, selami gelagat mereka.
Atau update blog walaupun hari minggu kunjungan ke blog amatlah kurang berbanding hari biasa.
Atau boleh juga mengemas almari pakaian ...

Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat pada hujung minggu.
Terpulang kepada bagaimana kita rancang dan penuhi masa yang berkualiti dengan keluarga.

posted from Bloggeroid

22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

Carian