Kerana hati itu bisu
Kerana hati itu bisu
Dia tidak bisa bersuara
Dia menerima seadanya
Dia tidak rapuh... dia tidak sekeras kaca mahupun batu
Kerana hati itu bisu
Dia adakalanya sepi... biarpun di kelilingnya riuh
Dia rela sendiri ... mencari erti
Kerana hati itu bisu
Dia tidak akan pernah bersuara
Kerana suara tiada pada dia... peti itu disimpan rapi
Nada suaranya pasti sumbang
Kerana hati itu bisu
Dia menjadi nanar
Dia kehilangan kata juga suara
Dia seperti mati .... tanpa jenazah tanpa keranda tanpa pusara
Kerana hati itu bisu
Dia masih lagi bernafas
Nafasnya bukan di dalam lumpur
Nafasnya berbau hampa... hancur luluh bertebaran di ruang kedap
Kerana hati itu bisu
Dia semakin sayu
Menatap aksara serupa batu
Mengukir senyum seumpama duri
Kerana hati itu bisu
Dia rela terima biarpun perit
Dia tak akan bersuara biarpun pedih
Dia rela tangis itu menjadi teman... hatta tawapun menjadi hambar
Kerana hati itu bisu
Dia di sini lagi mencari damai
Kepada Yang Maha Besar tempat mengadu
Tempat mensuci hati yang bisu....
Menanam kesumat dikalbu ... biar kelodak itu berlalu
Menebar jala keampunan ... serkap rindu biar bertamu
dipintu Mukarramah harapan menunggu
Nukilan: yangbaik | 472014 | 6 Ramadhan 1435 | 14:00