Kuasa untuk membalas
Kita (saya juga sebenarnya) sering terpengaruh dengan rasa hati untuk membalas perbuatan orang lain ke atas kita. Kita merasakan bahawa dengan membalas perbuatan berkenaan ia akan berbaloi dan puas hati kerana merasakan pembalasan itu setimpal.
Sebenarnya tanpa disedari sebenarnya perasaan kita itu adalah silap dan salah sama sekali
gambar hiasan. Koleksi peribadi
Kita sebenarnya tidak mampu membalasnya dengan kadar yang sama kerana kita tidak punya kuasa apa-apa. Bahkan dengan membalas perbuatan berkenaan ia sebenarnya tidak bisa menjadikan jiwa kita tenang. Kerana dalam hati pasti terdetik atau tertanya-tanya adakah ianya setimpal atau berbaloi.