Pengikut Setia

25 Mei 2014

Kuasa untuk membalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa untuk membalas

Kita (saya juga sebenarnya) sering terpengaruh dengan rasa hati untuk membalas perbuatan orang lain ke atas kita.  Kita merasakan bahawa dengan membalas perbuatan berkenaan ia akan berbaloi dan puas hati kerana merasakan pembalasan itu setimpal.

Sebenarnya tanpa disedari sebenarnya perasaan kita itu adalah silap dan salah sama sekali

gambar hiasan.  Koleksi peribadi

Kita sebenarnya tidak mampu membalasnya dengan kadar yang sama kerana kita tidak punya kuasa apa-apa.  Bahkan dengan membalas perbuatan berkenaan ia sebenarnya tidak bisa menjadikan jiwa kita tenang.  Kerana dalam hati pasti terdetik atau tertanya-tanya adakah ianya setimpal atau berbaloi.

24 Mei 2014

Hanya untuk orang yang mahu berfikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hanya untuk orang yang mahu berfikir

Gambar hiasan.  Koleksi peribadi.


Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).
(Ibnu 'Uyainah)


Selamat berfikir kepada semua.  

Semoga kita mampu menjadi pemikir yang bijak dan tidak berfikir untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Sekian adanya.  Terima kasih.

Al-Ma'thurat | Cintanya berputik di Madrasah Idrisiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Al-Ma'thurat |  Apabila cinta berputik


Surah Al-Ma'thurat

Ketika itu memang asing baginya.  Kerana dia belum pernah melihatnya apatah lagi membaca dan meneliti maksudnya.  Namun hari itu, dia sedar ada sesuatu pada surah itu dan dia harus segera mendapatkannya.  Puas juga difikirkan di mana hendak dicari surah yang tidak pernah didengarnya.  Bagaimana hendak diterangkan rupa atau bentuknya dia sendiri tidak tahu.

Sudah hampir seminggu atau lebih surat itu diteliti dan menghayati isi kandungannya. Ditanya pada ibu apa itu ma'thurat tetapi tiada jawapan yang memuaskan hati.  Ibu pernah bersuara agar surah berkenaan dicari di kedai buku.  Tetapi dia bingung kerana di pekan yang terdekat kedai buku dimiliki oleh orang 'asing'.  Masakan dia tahu apa itu surah al-ma'thurat.  Kerana di kedai buku itu apa yang ada hanyalah majalah hiburan, majalah sukan dan juga beberapa buku rujukan untuk sekolah... tidak pernah dijumpai mana-mana buku berkaitan agama suci ini.


Carian