Nur Januari 2014 |
Sudah beberapa bulan terlepas membaca Majalah Nur, majalah keluaran Karangkraf. Pada awal tahun kemunculannya aye tidak terlepas mendapatkan majalah yang berunsurkan muslimah berkerjaya anggun aktif. Alasan skema kenapa terlepas mendapatkan Majalah Nur adalah kerana kehabisan stok. Dan... alasan yang paling pelik adalah bila terjumpa belek-belek sikit nampak isi seperti tidak menarik lalu diletakkan semula. Kadang-kadang majalah ini keluarnya di hujung bulan untuk bulan berikutnya. Okey... itu pengelaman YB dengan majalah Nur.