Bukan kisah sup cendawan atau cendawan berkilau seperti dalam siri Power Rangers. Gambar ini hanya hiasan. Apakah kehadiran kita ini umpama cendawan ini yang kadang-kadang memberi manfaat atau sekadar menjadi racun yang bisa tanpa penawar.
Rindu masa lalu sesekali menjelma lalu menyesakkan jantung
Rindu pada kekuatan kudrat mengatasi halangan yang melintang
Rindu masa lalu...
Menyorok atau lari dari masa lalu bukanlah jalan penyelesaian. Mengatasi halangan adalah kekuatan yang tidak terjangka. Gambar hiasan ini ketika satu masa yang tidak terlalu lama dulu
Catatan ini pada kali ini agak kurang padat kerana kekurangan kata-kata untuk diluahkan di kanvas ini. Walaupun kata-kata itu pada dasarnya sering bermain di minda mendesak diri untuk mencari kekuatan dan kesabaran.
Cuma seketika terfikir sejenak... adakah wajar perasaan itu diluahkan di dada kanvas ini.
Hanya masa dan waktu bisa mentafsirkan segalanya.
suka duka pentas dunia