Pengikut Setia

04 November 2013

Suami yang paling baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya
(HR Tirmidzi)

Ringkas sangat kan mutiara kata di atas tu.

Tak pandai nak ulas panjang lebar bimbang di salah tafsir atau akan ....(macam-macam perasan firasat yang tak mementu).

Semoga yang terbaik buat semua dan Selamat Pengantin Baru kepada yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga berkekalan bahagia hingga ke akhirat dan dilimpahi rahmat.


suka duka pentas dunia.



Gosip pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Indahnya hijau.  gambar hiasan

Pagi Isnin yang aman damai ini tidak banyak yang hendak dikongsikan.  Tambahan pula dengan semangat yang tidak berapa pulih dan masih lagi lemau kedaung semuanya ada.

Pagi-pagi lagi dah bergosip... gosip tentang semangat kejiranan dan penerimaan manusia serta kehadiran orang baru.

Tidak mahu mengolah lebih panjang perkara yang digosipkan tetapi sekadar peringatan buat diri.

Kita adalah kita, walau apapun penerimaan orang tidak semestinya kita tidak boleh meneruskan hidup. Kita teruskan hidup seperti biasa berteraskan keyakinan yang hakiki kepada Ilahi.

Tak maniskan pagi-pagi lagi dah bergosip!?


suka duka pentas dunia

02 November 2013

Pandangan ketika marah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan

Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.
(Abu Sufyan ad-Darani)




suka duka pentas dunia



Carian