Pengikut Setia

19 Jun 2013

Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Masih dan sedang mengalami kejutan yang amat sangat.  Entahlah perasaan dan suasana yang sukar digambarkan apabila seorang anak menengking ibunya sendiri.  Kejutan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa, hanya pada kali ini ia agak melampaui batas dalam perhubungan antara anak dan ibu.

Update
Sebenarnya perasaan dan gambaran peristiwa di atas bukanlah terjadi dalam keluarga atau antara anak-anak aye.  Tetapi ia adalah peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan pada malam tadi.  Di mana keheningan dan kesunyian malam dipecahkan dengan jeritan dan pekikan seorang anak remaja kepada ibunya sehingga mengejutkan jiran sekeliling.

Justeru aye dedikasikan petikan doa ini untuk anak-anak aye, semoga mereka sentiasa menjadi anak-anak soleh. Dan, semoga doa ini juga bermanfaat buat semua orang yang membacanya.
Wahai anak-anakku, umi doakan semoga kalian menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat dan patuh kepada orang tua.  Jadilah anak yang mendengar kata dan hormat pada orang tua.  Semoga anak-anak umi berjaya di dunia dan akhirat disamping mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.  Semoga anak-anak umi juga dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat. 
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa saudara-maraku serta sahabat-sahabatku.  

Apa lagi yang hendak diperkatakan apabila seorang anak bercakap dengan nada yang lebih tinggi dari nada ibu bapanya.  Sedangkan di dalam al Quran ada menyatakan berkata 'ah' kepada ibu sudah dianggap berdosa.

Didedikasikan doa ini buat ibuku yang tersayang.  Semoga doa ini turut memberi inspirasi kepada pembaca supaya mempunyai hati dan perasaan kasih dan sayang kepada ibu walau siapa atau dimana ibu berada.
Wahai ibuku yang ku sayangAmpunilah dosa dan kesilapan anakmu iniDalam sedar atau tidak kekhilafan pasti berlakuSemoga ibu segera pulih dan sihat sejahtera 

Apakah masih ada doa yang baik dari seorang ibu
bila mana anaknya telah mengherdiknya dengan keras sekali
Apakah masih tersimpan sedetik kasih ibu
bila mana anaknya mengeluarkan amaran keras kepadanya
Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anaknya
bila mana anaknya langsung tidak menghormatinya

Wahai anak
Di mana letaknya harga kasih dan sayang seorang ibu
Terbayarkah nilai pengorbanan seorang ibu dengan herdikan dan cacian?
Berapa pula nilai kasih dan sayang seorang anak terhadap ibu dan bapanya?

Dalam adat berjiran kita sudah semestinya perlu membantu semampu kita, tetapi kiranya bantuan kita tidak dipedulikan apalah kiranya hak kita untuk mempertikaikan.

Semoga dengan entri ini dapat membantu kita dalam beretika terhadap ibu bapa dan orang tua sekeliling kita.  

Rumahku Syurgaku



Wordless Wednesday: Sayang dan Rindu Mak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



"Appreciate what you have, since you don't know what you've got until it's taken away from you. 
That's when it is too late"

Hargai ibu anda kerana anda tidak tahu bila dia akan dipanggil oleh Penciptanya

Mak!  Saya sayang mak.

Antara dunia, hati dan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan

Islam sama sekali tidak melarang pemeluknya untuk memiliki dunia dan segala isinya. Akan tetapi, waspadalah! Jangan sampai dunia masuk ke dalam hatimu. Karena sesungguhnya, apabila dunia berada di tanganmu, maka Andalah yang menguasainya dan Anda akan menggunakannya sekehendakmu. Akan tetapi, apabila dunia telah masuk ke dalam hatimu, maka dialah yang menguasai Anda dan Anda yang akan menjadi budaknya. Dia akan mempekerjakan Anda sekehendaknya.

(Seorang ahli hikmah)

Carian