Pengikut Setia

08 Jun 2013

Sudah 200001 pengunjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ada ada dengan nombor 200001?  Bagi blogger picisan seperti aye angka di atas merupakan satu motivasi dan pencetus semangat untuk terus menghasilkan karya di blog ini.  Walaupun pembaca mungkin tidak sebanyak atau tidak seramai blog popular yang lain.  Tetapi anda yang singgah dan membaca blog ini turut memberi sumber inspirasi.  Kerana kalian pembaca budiman yang menjadikan statistik pengunjung di blog ini sentiasa bertambah.  

Terima kasih!!!


Baru tadi 'capture' nombor 199999 untuk ditampal dan buat entry hari ini.  
Sungguh bersemangat sekali


Belum sempat disiapkan entri 199999, dah keluar nombor 200001 pula.  

Kena tukar tajuk dan buat karangan semula.  Pencetus kepada tajuk di atas adalah statistik pengunjung blog yangbaik.blogspot.com

Hari ini dalam sejarah

Corak ke-72, terima kasih kepada anda semua pembaca setia blog yangbaik

Terima kasih semua


Niat biar ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sesungguhnya seorang ahli ilmu, apabila ia menyampaikan suatu nasehat tanpa dibarengi niat ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka nasehatnya akan hilang dari hati orang yang mendengarkannya tanpa meninggalkan bekas seperti air yang jatuh di atas batu.

(al-Khatib al-Baghdadi)

07 Jun 2013

Woods' Peppermint Lozenges Extra Strong | Gula-gula batuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Woods' Peppermint Lozenges Extra Strong

Demam tak juga kebah-kebah lagi...
diiring pula batuk dan selsema yang menyekat salur pernafasan
menggugat peti suara dari berbunyi merdu (hahahaha merdu lah sangat)

Pagi tadi ... bukan nak bohong tau
memang terpengaruh dengan iklan tv malam tadi
cuma bezanya tak jumpa dalam bentuk 'syrup' yang terjumpa hanya dalam bentuk gula-gula

Yang paling seronok dan best sangat-sangat adalah bila beli gula-gula untuk batuk tidak perlu risau berebut dengan 3 orang pengikut setia... kerana memang bukan kesukaan mereka...

suka suka suka.... hahaha

Suka tu sukalah juga tapi batuk ni belum lagi hilang... walaupun sudah telah 3 biji
benarkah ia berkesan?

Positif yer.... belum masa untuk pulih...

tunggu dan bersabar 

Carian