Pengikut Setia

04 April 2013

Pertukaran header blog | Kali Pertama Tahun 2013

As salam,


Dah hampir setahun rasanya tak tukar kepala (header) blog.  Apa yang asyik ditukar adalah template blog.  Itupun ikut mood semasa pemilik blog ini.

Fikir punya fikir, dari asyik buat design corak dan motif percuma apa kata design motif untuk blog sendiri pula.  Boleh tahan la.  Sambil bergelut dengan Inas Insyirah, sementara dia sedang tidur...cepat-cepat reka sendiri. 

Antara gambar baru yang diletakkan...

wajah kesayangan hamba

Pembawa ilmu

As salam,


gambar hiasa
Wahai para pembawa ilmu, amalkanlah ilmu kalian miliki! 

  • Karena yang disebut alim adalah orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui dan ilmunya sesuai dengan amalnya. 
  • Akan ada suatu kaum yang membawa ilmu tidak melebihi kerongkongan mereka. 
  • Ilmu mereka bertentangan dengan amal mereka. 
  • Batin mereka bertentangan dengan lahir mereka. 
  • Mereka duduk dalam halaqah (majelis ilmu) untuk saling berdebat antara satu dengan yang lain. 
  • Sehingga ada seseorang yang marah kepada rekannya, lalu berpindah ke yang lain dan meninggalkan rekannya. 
  • Amalan mereka dalam majelis itu tidak akan bisa naik kepada Allah Ta'ala.
(Ali bin Abi Thalib)


03 April 2013

Asalkan kau bahagia

As salam,


Beginilah keadaan dan suasana bila ummi ada di rumah.  Nampak macam demam, tapi dah adat budak-budak kan, demam macam mana pun selagi boleh gerak dia tetap gerak dan melompat tak ingat dunia... tapi bila dah letih, sakit badan sana sini baru lah nak cari ummi...

Anak-anak sesekali bila dibiarkan ikut kehendak hati dia macam inilah sebahagiannya.

Antara himpunan warna pensil milik abang dan kakaknya yang dihimpun dalam balang... diserakkan.  Macam lepas geram jer.

Carian