Dah hampir setahun rasanya tak tukar kepala (header) blog. Apa yang asyik ditukar adalah template blog. Itupun ikut mood semasa pemilik blog ini.
Fikir punya fikir, dari asyik buat design corak dan motif percuma apa kata design motif untuk blog sendiri pula. Boleh tahan la. Sambil bergelut dengan Inas Insyirah, sementara dia sedang tidur...cepat-cepat reka sendiri.
Antara gambar baru yang diletakkan...
wajah kesayangan hamba |
Jenuhlah memikirkan warna dan motif yang sesuai. Untuk tidak menyusahkan diri, disebabkan masih sayang dengan corak lama makanya terhasillah header seperti di atas.
Tukar tagline dari 'suka duka pentas dunia' kepada 'Rumahku Syurgaku, Pilihan Kebahagiaan'. Mengapa? Kerana kebanyakan kisah yang tersiar di dalam blog ini adalah berkisar kisah keluarga iaitu anak-anak. Pilihan kebahagiaan pula dipilih kerana selain dari kehidupan berkeluarga kita juga disarankan untuk memotivasikan diri dengan kata-kata yang baik dan mempunyai nilai tersendiri. Seperti bahagia, semua orang mahukan kebahagiaan.
Tambahan gambar anak-anak pula, kerana kisah mereka sering dijadikan penguat semangat dan motivasi diri untuk terus menjadi blogger yang berhemah.
Mengapa tiada gambar ummi dan ayah? Seperti biasa dan seperti yang pernah dikatakan dulu biarlah ummi dan ayah belum bersedia untuk interframe. Kedudukan Ummi dalam blog ini cukup dulu sebagai penulis blog ini dan ayah pula sebagai penasihat dan pemantau.
Rumahku Syurgaku, Pilihan Kebahagiaan |
comel dan cantik... ^_^
BalasPadamAssalamualaikum kak. cantiknya header gambar anak2. comel2 semuanya. takpelah, bubuh gambar anak kan penaik semangat kan :)
BalasPadam