Petang ini, beberapa hari lagi menjelang Ramadan lebih kurang 5 atau 6 hari lagi. Langit Petang di Seri Iskandar diiringi hujan lebat, angin tidak berapa kuat seperti minggu-minggu yang lepas tetapi hujan ini turun dengan tiba-tiba.
Kesian pada anak-anak tak puas bermain di halaman. Tetapi elok juga cepat sikit mereka masuk rumah tak perlu jerit-jerit tunggu senja baru nak balik. Sekarang biar mereka menjerit dalam rumah pula.
Oleh kerana rumah ini tidaklah besar sangat, jadi bagi lah budak-budak 2 beradik ni main blon jer... lambung-lambung, tapi kita tengok sampai mana belon tu mampu bertahan.
Dapat makan mee pun sedap juga... wah-wah berasap tu ... sabar yer sat lagi sejuk sikit boleh le makan.
Itulah serba sedikit kejadian petang Ahad yang kalut dengan anak-anak, belum lagi menjelang malam.
'suka duka pentas dunia'