Pengikut Setia

13 Julai 2012

Manfaat kepada orang

As salam



Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang bermanfaat, dan sesungguhnya Allah Subhaanahu Wata'ala memberikan manfaat ilmu itu kepada orang yang mengetahuinya kemudian mengamalkannya. Dia tidak memberikan manfaat kepada orang yang mengetahuinya, tapi ia meninggalkannya (dan tidak mengamalkanya).
(Salah seorang ahli hikmah)

12 Julai 2012

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati: Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Mana Dapat Sagunya

As salam

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.  Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Itu pepatah Melayu lama, kerana orang dulu-dulu menyimpan sagu di dalam ruyung.  Zaman sekarang mana ada orang simpan sagu di dalam ruyung, simpan di dalam peti ais jer.  Maklumlah zaman dah berubah tetapi usaha-usaha tetap usaha kan?

Rasa macam lari tajuk jer antara perenggan pertama dengan tajuknya.  Tak perlah, betul juga kan sebab yangbaik bukannya tahu sangat trik berkaitan SEO.  Memang tercabar jugalah.  Dengan penyertaan daripada otai-otai blogger yang arif dengan SEO, entah-entah kedudukan yangbaik hanya dipinggiran saja.  So, betullah kan dengan pepatah lama tu kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya. 

Nak dapat hadiah untuk contest Cabaran SEO ni memang tipu lah kalau bukan itu hasratnya.  Walau apa pun andai tak berjaya dapat hadiah bagi cabaran SEO dapat masuk nama dalam cabaran SEO pun jadilah.


Contest Cabaran SEO adalah contest menyelam sambil minum air ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com

Ramai sungguh penaja contest Cabaran SEO ni. 
Meriah-meriah


''suka duka pentas dunia"


cabaran SEO



Belajar mematuhi peraturan

As salam




Belajar patuh pada peraturan.  Setiap dari kita akan melalui beberapa fasa pembelajaran dalam setiap detik hidupnya. 

Justeru kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah yang akhirnya mampu mematangkan kita dalam kehidupan.

Dalam kehidupan seharian ada kala kita perlu pada peraturan sebagai garis panduan dan pedoman dalam melakukan sesuatu.  Andai tiada peraturan kita pasti akan terbabas ke laluan yang salah atau paling tidak kita kecundang dalam membuat pilihan.

Pematuhan kepada peraturan bukanlah sesuatu yang sukar andainya kita belajar patuh padanya pada setiap detik kehidupan.

Oleh itu "Belajarlah patuh pada peraturan".

(^-^)
.

Carian