Bosan dengan blog bila kehidupan di blog kelihatan membosankan. Apa sebenarnya kehidupan seorang blogger dan bagaimana boleh dipanggil sebagai blogger? Adakah kerana adanya blog maka seseorang itu layak dipanggil blogger.
Penulisan atau apa saja yang direkod di blog adalah atas minat dan kecenderungan blogger itu sendiri. Namun akan jadi membosankan bilamana ditanya "apa yang menarik dengan blog awak?". Bagi seorang blogger apa saja yang tercatit di blognya adalah menarik. Jika ditanya apa yang menarik, memang sukar untuk diceritakan atau digambarkan.
Untuk itu, jika nak tahu apa yang menarik atau tidak menarik di blog ini... berilah komen. Andainya komen itu mampu dijadikan sandaran untuk menambahbaik lagi blog picisan ini.
.


