Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Gangguan itu tidak disukai kerana ia bisa menganggu emosi. Terutamanya jika gangguan datangnya di awal pagi. Memang menyakitkan untuk difikirkan.
Kesedaran untuk menepis gangguan itu perlu kerana kita punya perasaan dan jiwa yang perlu dihargai.
Kekuatan jati diri mampu menepis gangguan, namun dalam masa yang sama jangan perkecilkan gangguan itu. Jika dibiarkan ia berulang, akan memudaratkan komunikasi juga perhubungan.
Atasi gangguan dengan memikirkan perkara yang baik selain dari gangguan itu. Fikirkan juga kemungkinan kebaikan atau perkara lain yang tersembunyi disebalik gangguan itu.
Positif...
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
07 Januari 2012
Ada rasa takut tetapi dapat untung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup, yaitu MATI.
(HR Tirmidzi)
.
06 Januari 2012
Bukan salah fesyen
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
(walla... baru semalam keluar gambar nih... hari ini keluar semula. sebab dikeluarkan semula adalah kerana pada gambar ni tertera perkataan fesyen)
update: gambar sebelah telah ditukar bagi mengelakkan kecelaruan atau salah anggap mengenai kaitan antara gambar dan cerita. Walau apapun gambar di atas sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan isi cerita.
Memang terasa terpanggil (entah sapa yang panggil tak tau ler) untuk menulis mengenai fesyen. Sayangnya Yangbaik bukanlah penulis atau kolumnis fesyen di mana-mana majalah kerana tulisan Yangbaik tidaklah sebagus mana pun. Nak menulis tentang fesyen sedangkan Yangbaik sendiri tidak pandai berfesyen tetapi minat terhadap fesyen tetap ada terutama fesyen muslimah.
Sejak dua menjak (ayat apa nie) ni fesyen muslimah dah jadi seperti satu keperluan dalam mana-mana majalah fesyen sehinggakan kita sebagai pembaca kadang keliru adakah ianya benar-benar muslimah atau sekadar perniagaan yang bertopengkan muslimah tetapi penghayatan muslimah tidak sejati. Ini adalah kerana rata-rata pengeluar fesyen lebih mementing keuntungan dan mengambil kesempatan di atas lonjakan fesyen muslimah dan mula mencipta trend sendiri sehingga mengadaikan keperluan dan kehendak Muslimah.
Fesyen muslimah sendiri yang diberi nama menjadikan wanita muslimah sebagai perangkap untuk melariskan jualan. Sebagai muslimah pula, tidak seharusnya terpengaruh secara total terhadap longgokan fesyen muslimah. Tidak dinafikan terdapat fesyen muslimah yang benar-benar diperjuangkan untuk wanita muslimah. Oleh kerana dengan adanya lambakan fesyen muslimah tiruan yang berleluasa di pasaran maka secara tidak langsung fesyen muslimah sejati tidak berapa menonjol sebaliknya kelihatan seperti melukut di tepi gantang.
Wanita terutamanya yang muslimah seharusnya bijak dalam menilai fesyen yang terdapat di pasaran. Keperluan berfesyen itu seharusnya disulami dengan kehendak syariah dan kehidupan beragama bukan semata-mata kerana keinginan untuk menunjuk-nunjuk.
Semoga fesyen muslimah tidak disalah ertikan. Berilah maksud yang betul ke atas fesyen muslimah, bukan semata-mata mencari untung dunia sehingga mengabaikan keperluan 'di sana'.
Sekian.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
motivasi
Blogger
Muhasabah diri
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA



