Pengikut Setia

03 Oktober 2011

Tuntutan | Fardhu Kifayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Tuntutlah ilmu. 


Wahai anak-anakku! Tuntutlah ilmu! Sesungguhnya, walaupun kini kalian masih kecil, kelak kalian akan menjadi orang-orang besar. Adakah yang lebih buruk daripada seorang yang sudah tua renta lagi bodoh?('Urwah bin az-Zubair)
Tak sempat nak menulis panjang.  Mencari ruang dan peluang untuk menulis lagi sebelum mata terpejam lena.

sekian.

*.*

Promosi perkara yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Promosi?  Keluar lagi ayat ni.  Ha! untuk pelajar jurusan pemasaran eloklah belajar bagaimana nak 'promote' berita dan perkara yang baik-baik.  Contohnya kejayaan pelajar miskin sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah, atau juga berkenaan kecekalan hati wanita dalam mendidik anaknya hingga berjaya, atau keberanian wanita dalam mengharungi dugaan hidup, atau kekuatan semangat remaja menepis segala tohmahan masyarakat. 

Jangan pula diberikan promosi berkaitan kegiatan tidak bermaruah,  selidik di sebalik kejadian itu... dan kupaslah sebaik-baiknya.

Tetapi pemasaran tu biasanya untuk melariskan perniagaan kan?  Macam mana perniagaan nak laris kalau tak promote benda-benda tahyul dan kontorversi... betul jugak kan?  Sudahlah ... itu semua kerana kehendak masyarakat, kalau kita dan jiwa kita kuat untuk berbuat baik, ... promosikan perkara yang baik-baik... bukannya pasal kiamat tahun 2012... kalau itu yang diiklankan setiap hari dan ditonton setiap hari... bersediakah semua menghadapi tahun 2012?  Bukan sahaja kerana kiamat, tetapi kerana gejala dan musibah malapetaka yang bakal berlaku.

Cubalah sekali ... iklankan cerita atau barangan yang mendatangkan kebaikan dan kebahagian serta keindahan hidup... bukan kerana nak menolak hakikat tetapi kita seharusnya memikirkan perkara yang baik-baik agar menjadi kenyataan dan itulah akan jadi doa kita seharian...

Eh eh... sekian lah sekali lagi.

*.*

02 Oktober 2011

Ada apa dengan promosi

Ada apa dengan promosi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Promosi satu kaedah untuk mengenalkan sesuatu produk, orang, program, isu dan yang berkaitannya untuk mendapatkan perhatian orang ramai.  Perlukah semua benda dipromosikan? Tidak kan, tetapi bila kita lihat dan baca di media tak kiralah media massa atau media cetaktak kira semua benda dipromosikan, termasuklah yang tersembunyi di dalam... (tooot).

Mengapa buat entri ni?...  Sejurus terbaca akhbar Berita Minggu hari ni (2/10/2011) perihal pandangan mengenai Tun Dr. Mahathir mengenai lambakan cerita tahyul yang langsung tidak membantu pembangunan minda rakyat mahupun pembentukan jiwa dan jati diri bangsa Malaysia.

Entri ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan entry Budak Lelaki Malaysia Macam Muka Korea

Isu untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia memang agenda besar negara.  Namun kita sebagai warga Malaysia perlu ada kekuatan untuk sama-sama membentuk jati diri bangsa Malaysia.

Cerita banyak... dah jadi macam ahli politik pulak...

Sekian, lah dulu... sambil-sambil cicah ssekout dengan kopi O... di hari minggu.

Carian