Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.
(Ar Rabi' bin Anas)
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
06 September 2011
05 September 2011
Lukisan Pertama Alif dan Buncho
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Lukisan pertama atau lebih tepat karya seni pertama Muhammad Alif bin Ahmad Kamal menggunakan 'oil pastels'. Menangis uminya... manakan tidak memang dah mengidam dari sekolah rendah bahkan sekolah menengah juga hendak menggunakan warna minyak pastel berjenama Buncho, tetapi tidak pernah berupaya memperolehinya. Sehingga satu tahap langsung hilang semangat umi untuk berkarya. Konon la sangat kan... yang mudahnya memang tak retis nak melukis, kalau di sekolah tu, memang tak ambil pun seni lukis ni... masa ujian selalu dapat corot... huhuhu... malu malu... Tapi apa kesahkan, umi tak pandai melukis, ayah pandai melukis dan turun pulak ke anaknya Alif 'yang kidal'... hehehe
Mana lah umi dan ayah kenal semua ni. Memang dah jadi lumrah Alif setiap kali ayah keluar ke kedai atau jumpa kawan-kawan, nak ikut sikit-sikit nak ikut. Kalau kami masa kecik2 dulu mak pak cakap apa... kalau tak jadi ekor tak boleh... ikut jugak... hehehe
Bila pergi ke kedai terutama kedai Runcit Rahmat kat corner tu... tempat yang dituju mula-mula adalah kalau tidak tempat mainan, tempat buku, kalau tiada buku, tempat pensil dan akhir-akhir ni ke tempat warna. Suatu masa (macam lama sangat pulak), bila ke kedai mungkin Alif ternampak warna air, dia minta dibelikan... "hui, tak boleh lagi, Alif belum pandai guna tunggu besar sikit nanti umi beli yang baik punya!" Konon-konon ayat nak bodek la..
Tetapi nak dijadikan cerita bila pergi dengan ayah, cair ayahnya kena pujuk, katanya nak beli 'crayon' jer. Ayah pun belek punya belek, nah... Alif tunjuk crayon jenama BUNCO. Ayah pun ambil jer.. terus beli. Balik Rumah bila 'Supervisor' check tengok... ehh.. oil pastel laaa bukan crayon tengok ni.. harga nya, tu yang tulis kat kotak tu... apa ?... Tersengih lah si ayah dan Alif pun dengan selamba jer... buat tak tau... heeeeih.
Cer tengok warna tu, sikit punya pastel lagi berminyak (oil). Crayon pulak katanya, habis melekat kat tangan, lepas lukis nanti jangan lupa cuci tangan nanti keracunan sakit perut pulak... Baiklah umi.. balas Alif dan terus memulakan tugasnya. Tugas melukis lah... Tanya pulak tu nak lukis apa ? Ha.. lukis gambar kat kotak tu... boleh?... Alif cuba lah .
Alif kalau nak melukis memang tak guna meja, dah dibelikan meja lipat ala-ala meja Jepun, dinaik duduk pulak atas meja tu... langsung lipat semula dan simpan. Tunggu bila dah 'cerdik' sikit baru guna semula meja tu. Nampaknya Alif lebih senang melukis di atas lantai beralas tikar buluh...
Dan dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ditambah dengan umi yang tak pandai bercerita... lihatlah hasil lukisan Alif.
Bila tengok gambar ni suka ada sedih pun ada. Suka sebab umur Alif belum lagi mencecah 5 tahun semasa gambar ini dihasilkan. Lukisan ini pula menceritakan macam-macam peristiwa dalamnya. Sedih? Sedih!!! Sebab hasil lukisan ni dah hilang ntah ke mana. Nasib baik sempat umi rakam dengan Nokia N95. Boleh tahan juga lah hasilnya. Kehilangan lukisan ini adalah mungkin kerana kelalaian umi sendiri.
Ceritanya bermula setelah selesai melukis, Alif nak tampal pada almari buku, tapi tak melekat, lalu dikepitnya di sebalik pintu almari. Tujuannya bila ayah balik nanti nak bagi ayah tengok... cantik tak lukisan Alif. Kemudian Alif tidur. Bila bangun umi tak perasan bila masa Alif ambil lukisan tu lalu dilipat dan dijadikan kapal pula, tak jadi kapal laut buat kapal terbang. Nak simpan tak bagi... lalu melayang-layang lah 'kapal terbang' itu di awangan.... dah kutip semula dan nak tampal... jumpa lagi oleh Alif... lalu hilang entah ke mana... Sayu...
Walau apa pun, Alif akan tetap berkarya dan akan terus berkarya... dan lukisannya akan tetap menjadi kapal laut atau kapal terbang andai lambat disimpan...
Sekianlah.
*-*
.
04 September 2011
Mengapa isteri jumpa lelaki lain
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia
Mengapa isteri jumpa lelaki lain. Huh! panas memang panas tajuk nih. Nak buat cerita macam mana yer asalkan tiada pihak yang terasa hati. Boleh tak kita berfikiran positif dengan berfikir begini "Isteri jumpa lelaki lain... semasa urusan rasmi di pejabat"
apa kaitannya pula dengan Isteri kamu antara lelaki lain?
Kita wanita sebagai isteri keluar rumah adalah atas izin suami sama ada nak ke TESCO dengan kawan-kawan atau dengan anak2 tetapi bukan dengan lelaki lain.
Kita juga sebagai isteri bila keluar rumah kerana bekerja di pejabat juga atas keizinan suami dan suami kita juga harus malahan wajib tahu apa jenis kerja kita dan siapa pula bos kita atau rakan sejawat kita. Rasanya tak perlu takut untuk memaklumkan kepada suami siapa pula lelaki lelaki lain yang sering berurusan dengan kita semasa berkerja.
Sebagai isteri jangan sesekali membelakangkan suami ketika di mana juga berada walaupun keberadaan kita di luar rumah adalah atas izin suami.
Mengapa pula isteri harus jumpa lelaki lain atas urusan apa pula?
Janganlah kita sebagai isteri bertindak zalim terhadap diri sendiri dengan berjumpa lelaki lain.
Sekian.
*.*
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA