Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ops.. tersesat sekejap tadi kat blog Bangku Kosong. Terjumpa pula dengan segmen
ziarah raya blog di Bangku Kosong... lalu terjumpa jalan pulang dan dengan segera terbuatlah catatan ini sebelum terlambat dan sementara bateri laptop ini masih banyak... kalau bateri dah habis nanti kena cas semula... sebelum cas kena off dulu... huhuhu... panjang la pulak kesahnya...
Untuk memenuhi syarat segmen, aye perkenalkan... panggilan manje di blog adalah YB (yangbaik), buat masa ni belum jumpa lagi nickname dengan nama tu, kalau dah ada... tak wujudlah blog yangbaik kan?...eh!... nama ori panjang lebar dan rasanya belum tiba lagi masa untuk introduce nama asli... alasan...
Hari Raya Tahun ni, insyaAllah tibalah giliran untuk berhari raya di rumah mak aye di Batu 45, Kampung Banjar, Beruas. Hari Raya kedua akan ke Batu 9 1/2, Lekir rumah anak pak mertua dan mak mertua... (hehehe).
Ucapan !? Nak buat ucapan selamat hari raya sekarang... masih terlalu awal pulak rasanya. Apa pun aya ucapkan terima kasih kepada Bangku Kosong kerana menganjurkan segmen ini. Ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada semua blogger yang singgah di blog yangbaik dan juga kepada semua pelayan maya yang tersinggah ke blog ini.... al maklum sajalah dalam dok seronok mengejar SEO dan juga konon-konon perasan top blogger Malaysia 2011, ada pula catatan yang menyinggung perasaan dan hati mana-mana pihak. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog ini.
Sekian.