Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Umumnya di dunia blogging, 1Malaysia sudah mengetahui GaySec telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Arlene Tan kerana membuat pendedahan palsu mengenai Makcik Hajjah Sitt Alwuzara.
Berikut adalah kenyataan maaf dari GaySec mengenai isu berkaitan Arlene Tan:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.
Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.
*note: Seluruh isi kandungan kenyataan maaf ini dipinjamkan daripada Denaihati.
Semoga dengan penjelasan ini akan terhurailah kekusutan dan kekalutan yang timbul akibat daripada apa yang telah berlaku.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
14 Ogos 2011
13 Ogos 2011
Tersilap cakap
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kisah di satu petang, sejurus selesai berjimba bersama tuan puteri lindungan bulan (....?...) dengan dokumen MKSP dan segala bagai maklumat dan data yang bercelaru dan berkecamuk dalam kotak fikiran dan minda yang hampir sarat tetapi kosong...
Lalu tuan puteri mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesudian menemaninya sepanjang petang itu. Bicaranya halus dan lembut pasti terpikat siapa saja yang mendengarnya.
Atas dasar mengalah dan ingin menyedapkan kata makan berkatalah seorang lagi..."tidak mengapalah, kita kan sama-sama berjimba hari ini... hari ini tuan puteri lambat pulang dan saya menemannya, kalau saya seorang mungkin saya sudah pulang".
Hanya seketika kemudian baru tersedar bahawa dia telah tersalah cakap dan mahu mohon maaf kepada tuan puteri namun sudah terlewat kerana tuan puteri sudah berlalu pergi... Bingung juga memikirkan mengapa ucapan sedemikian dilafazkan.
Sepatutnya bukan itu ungkapannya. Ungkapan yang molek dilafazkan adalah seperti ini... "hari ini saya meneman tuan puteri, esok2 tuan puteri pula menemani saya"... boleh begitu?....
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta..... melanggar pagar...
Keliru?..... Aye lagi keliru
*-*
12 Ogos 2011
Hidayah dan Keberkatan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
HIDAYAH DAN KEBERKATAN
Mutakhir ini kita pernah melihat dan mendengar di media masa kisah lembu dan kambing peliharaan yang diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Setiap pagi dan petang kaset al-Quran akan diperdengarkan ke seluruh kandang atau ladang untuk tujuan santapan rohani....
|
Sesungguhnya al-Quran itu adalah untuk memberikan hidayah (petunjuk) kepada (jalan) yang lebih lurus.
Surah al-Isra’ 17 : 9
Perkataan “aqwam” adalah merujuk kepada jalan yang lebih benar dan lebih adil. Maksudnya al-Quran itu adalah untuk manusia yang ada akal dan minda yang berfikir, manusia yang mengerti tentang tugas mengurus bumi dan tidak merosakkannya, manusia yang mempunyai hati dan motivasi atau manusia yang mampu berusaha mencari yang terbaik untuknya.
Al-Quran bukan diturunkan untuk lembu, kambing atau binatang ternak yang tidak tahu untuk berfikir dan mengerti. Di dalam Kitab Tafsir al-Maraghi menyatakan bahawa “hidayah” yang dipinta oleh manusia ketika menunaikan ibadah solat merujuk kepada empat perkara iaitu hidayah Agama, hidayah akal, hidayah pancaindera dan hidayah ilham. Justeru al-Quran diperlukan untuk mendapatkan semua hidayah tersebut.
Manakala hidayah yang diberikan kepada haiwan pula ialah hidayah pancaindera dan hidayah ilham sahaja yang diperolehi secara automatik. Dengan dua hidayah inilah semua haiwan melangsungkan kehidupannya secara stereotaip. Hidayah ilham akan menunjuk ajar setiap haiwan untuk mengenal erti kehidupan walaupun tanpa ibu atau bapa di sisi. Justeru haiwan tidak perlukan manusia untuk menunjuk ajar kelangsungan hidupnya jauh sekali untuk memerlukan al-Quran. Hujah ini juga secara jelas telah menolak pandangan Darwin berkaitan teori evolusi kerana manusia yang berevolusi daripada beruk tetap tidak mampu untuk ditunjuk ajar apa tah lagi untuk mendapat empat hidayah yang dinyatakan di atas.
Justeru, usaha memperdengarkan al-Quran itu bukanlah untuk santapan rohani atau untuk mengislamkan lembu dan kambing kerana lembu dan kambing tidak ditaklifkan (dibebankan) dengan kewajipan tersebut. Lembu, kambing dan segala apa yang ada di langit dan juga yang ada di bumi (kecuali manusia, jin, syaitan, iblis yang kufur kepada Allah) semuanya sentiasa bertasbih dan tiada apa-apa dosa kepada Allah (rujuk surah al-Hadid ayat 1).
Usaha memperdengarkan al-Quran itu kemungkinan untuk mencari nilai keberkatan pada rezeki mereka. Cuma isunya kenapa dibacakan kepada lembu dan kambing? Kenapa tidak kepada hati kita sendiri yang memang kita diperintah untuknya? Oleh itu marilah kita sama-sama membaca al-Quran sambil cuba memahaminnya di bulan Ramadan yang mulia ini, kita bacakan kepada hati kita dan kepada kehidupan kita seluruhnya. Moga beroleh keberkatan, rahmat dan pengampunan Allah SWT.
Wallahu a’lam
Disediakan oleh : Hj Supani Hj Husain
Diedit oleh : Abd. Nasir Musa
~~~~~~~~~~
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA