Pengikut Setia

02 Jun 2011

Tips hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Tips hari ini adalah mulakan hari anda dengan senyuman

jangan suka menyibuk kerja orang dan banyakkan bersabar.

jangan bagi helah bila diminta melaksanakan sesuatu tugas

sebaliknya guna kepintaran anda itu untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin

:-)

.

01 Jun 2011

Tips bercerita dalam blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber gambar:  google.com

Beberapa tips dan panduan untuk bercerita dalam blog.

Dalam era IT @ Teknologi Maklumat, semua maklumat berada di hujung jari.  Bermula dengan sms, mms dan blog.  Bila bercerita tentang blog, ramai orang sudah ada blog.  Bahkan mungkin juga seorang ada lebih dari dua blog.  Tujuan berbloging pun ada berbagai-bagai, terpulang kepada keinginan dan kehendak individu @ bloger.  Pasti ada sedikit rasa teruja bila dah ada blog, makanya secara automatik kita ada blogger.

Blogger minda kelas pertama

Namun sedarkah kita para blogger sekelian!  Kita perlu jadi warga blogger yang berbudi luhur dan menunjukkan pekerja blogger yang murni.  Walaupun individu @ blogger itu berhak ke atas setiap blog yang dimilikinya, sebagai blogger kita tidak lari tanggungjawab kepada masyarakat dan negara untuk menjadi warga yang berminda kelas pertama.

Blog tak popular?

Tak kisahlah blog kita tak popular seperti blog artis yang dah memang popular, asalkan kita tahu apa yang kita buat dengan blog kita.  Tak perlulah rasanya mengeluarkan artikel yang bertentangan dengan tatasusila rakyat yang berbudi luhur hanya semata-mata untuk mengejar popular.  Tak perlu juga mengejar sangat untuk membuat catatan berbentuk kontroversi berkaitan artis popular seperti gossip yang kita tidak tahu asal usulnya.

Walaupun blog itu tidak popular, tetapi dengan strategi tertentu blog kita pasti akan ada pengunjungnya asalkan kita menyediakan artikel atau catatan yang mampu memberi manfaat kepada dunia seluruhnya.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya semua orang mempunyai minat yang sama dalam berbloging iaitu menulis.  Yang berbeza adalah 'niche'.  Antaranya berkaitan kenderaan, artis, keluarga, anak-anak, perniagaan online, pakaian, makanan, masakan, sosial, elektronik, hobi, kraftangan, kewangan dan banyak lagi.  Pilih satu yang mana sesuai dengan minat kita dan mulakan bloging dengan niat yang baik dan jadilah blogger yang berwawasan.

Sekian.

Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wordless Wednesday too!
Tiada kata yang dapat diungkapkan pada hari Rabu yang penuh kebisuan
Buat kerja sendiri2 tanpa bantuan dan tiada arahan juga....

Rabu yang membisu atau aye yang tiada kata-kata?


Carian