Assalamualaikum dan salam sejahtera,
BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT??
Persoalan di atas tu tak taulah nak ditujukan kepada Ben atau kepada anda yang membacanya. Kalau ditujukan kepada Ben, ntah dia ingat atau tidak pada blog picisan yang tidak sepertinya ini. Kerna blog ini tidaklah sepopular blog jejari runcing yang dikatakan telah mencecah jutaan pengunjung. Tapi aye ada si jari runcing yang comel di sebelah ... jangan marah...
Berbalik kepada tajuk catatan kali ini.... melalut sekejap tadi. Ini adalah segmen Sabtu dan Ahad yang ditaja oleh Ben. Dah banyak segmen aye terlepas, pada asalnya ingat malas lah nak layan segmen ni... tapi bila tengok dan baca syaratnya... tak lah susah mana cuma kena usaha lebih sikit... untuk diri sendiri juga.
Mengimbas kembali saat saat kali pertama berbloging, rasanya pengalaman aye mungkin sama dengan ramai bloger lain. Buat entry macam syok sendiri. Memang susah sangat nak dapatkan pengunjung... tapi mana tau ada pengunjung ke tidak? Ntah2 dalam seminggu tu nak dapatkan pengunjung pun tak seberapa (sampai sekarang pun!) Tapi aye tak kisah (bukan aiman yer), sebab bagi aye kepuasan berbloging tidak semestinya ramai pengunjung (lepas ni makin kuranglah pengunjung gamaknya).
Aye tak ingat sangat siapa yang jadi pengomen pertama. Kalau pengikut pertama tu ingat lah... dia ialah DJ-LRC (Lemon Rose Chicken). Memang teruja sangat2 sebab tak sangka ada juga orang yang suid ikut. Walaupun aye tak pernah rasa keenakan ayam panggang DJLRC, tapi suatu masa aye akan cuba ke situ... nak beli online tak buleh sebab aye kat Perak, tak buleh tak pos la pulak ayam tu... hehehe. Terima kasih kepada DJ LRC.
Selain dari itu, blog yang banyak memberi inspirasi kepada aye untuk berblogging adalah Denaihati dan MBP. Terima kasih kepada mereka dan tak dilupakan juga kepada mie ahmad (mengandung.com), kerana aye mula mengenali dunia bloging adalah semasa mengandung anak pertama pada tahun 2006 dan kerana mencari beberapa maklumat mengenai kandungan dan kehamilan aye terjumpa dengan blog mengandung.com.
Sehingga sekarang, blog yang banyak memberi inspirasi kepada aye .... tak lain tak bukan.... taraaaaaaaa...
adalah Benashaari.com. Macam tak percaya kan? Aye yang dikatakan dulu buat blog, tiba2 blog ben pulak yang lebih glamor .... tu lah usaha mau lebih kan..
Banyak sangat mengomel nih... dah lah... si jejari runcing aye nak mandi....
Sekian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
15 Januari 2011
Catatan Kebaikan dan Keburukan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuloh kali ganda hingga 700 kali ganda". (Hadis Kudis, Riwayat al-Bukhari no. 6126 dan Muslim no. 131)
....
14 Januari 2011
Kembali ke pangkal jalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Suatu masa jalan ini yang ditempuh
memang jalan ini yang dipilih
telah banyak lorong dilalui dan diselusuri
tersasar seketika
terpesona dek kerlipan neon
memancarkan cahaya dan lambaiannya yang menggoda
sesekali berpaling ke belakang
lorng yang ditinggal itu belum jauh lagi
cahaya itu telah kesamaran
namun cahaya di depan ... sinarnya itu sekali sukar dimengertikan
di depan itu... ku jumpa juga laluan sama yang pernah ku lalui dulu
laluan hikmah yang memberi bekal sepanjang jalan
ku syukuri nikmat yang diterima
ku redha dengan apa yang telah kuterima
semoga keredhaan itu memberi kekuatan kepadaku
"semoga kelam tabir hayat tersingkap sopan"
Suatu masa jalan ini yang ditempuh
memang jalan ini yang dipilih
telah banyak lorong dilalui dan diselusuri
tersasar seketika
terpesona dek kerlipan neon
memancarkan cahaya dan lambaiannya yang menggoda
sesekali berpaling ke belakang
lorng yang ditinggal itu belum jauh lagi
cahaya itu telah kesamaran
namun cahaya di depan ... sinarnya itu sekali sukar dimengertikan
di depan itu... ku jumpa juga laluan sama yang pernah ku lalui dulu
laluan hikmah yang memberi bekal sepanjang jalan
ku syukuri nikmat yang diterima
ku redha dengan apa yang telah kuterima
semoga keredhaan itu memberi kekuatan kepadaku
"semoga kelam tabir hayat tersingkap sopan"
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA