Pengikut Setia

14 Mei 2010

Berani kerana Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga keberadaan kita di hari yang penuh keberkatan ini membawa jutaan manfaat kepada kehidupan kita dan alam seluruhnya.
Berani kerana benar
anda berani kerana anda benar
adakah anda benar-benar berani
atau hanya kerana anda sangka anda benar
betulkah anda benar
atau hanya sangkaan anda saja

Berani biar bertempat
walau kita benar
kebenaran itu hanya di pihak kita
belum tentu ianya benar dipihak orang lain

Sangkaan kebenaran kita tak semestinya tepat
sebelum memberanikan diri siasat
apa disebaliknya....ambillah masa anda...

Ada orang berani berkata
kerana dia memang pandai berkata
hingga orang lain semuanya salah
walhal apa yang dikata itu tak sama pun dengan apa yang dia buat
Bak kata pepatah "Cakap Tak Serupa Bikin"

~~~~
~~~~~
Sekian

13 Mei 2010

Tujuan utama


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh pembaca budiman.
Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang akhirat ini tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam hatinya.  Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dgn hina (iaitu dlm keadaan dirinya mulia).  Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kekafirannya antara kedua matanya.  Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dlm keadaan hina)"
riwayat al-Tirmizi dinilai hasan oleh al-Albani

Alasan Cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Nak bercuti? Belum lagi... banyak lagi urusan yang belum selesai.

Jadi apa alasan cuti yang nak diberikan
alasan untuk cuti bukan cara yang terbaik untuk lari dari kerja... kerana kerja-kerja itu harus disiapkan terlebih dahulu.

Ada orang bercuti kerana mencari hati kama (hati yang bersih dan suci)
Boleh jumpa ke?

Entah la... tajuk cerita alasan cuti
Tapi ada orang mencari alasan cuti rehat khas
Wahai sekelian ...
Di dalam kerja Kerajaan atau Swasta (tak taulah)
Tiada istilah cuti rehat khas
Kalau ada pun cuti rehat jer
Itu pun tidaklah sampai memutuskan kerja dengan pejabat
silap2 kalau ada urusan kecemasan kena datang juga
Batal lah cuti tu

cerita sex service kemaluan pada hari lahir?
tak sanggup...
MAAF!
DIINGATKAN SEKALI LAGI.... DALAM BLOG INI TIADA KESAH SEX... FAHAM!

perodua kembara... suatu masa dulu pernah menjadi kereta idaman
dan akan terus kekal dalam ingatan
kerana sentiasa ada di depan mata..

Ada cerita pontianak post edisi 7 mei 2010
Tarikh selepas tarikh lahir aye
Ada post pontianak ke kat blog nih...
Seingat aye .... takder

sebaik baik nasihat adalah nasihat seorang ayah kepada anaknya
~~~~~~~~~~~
Demikianlah ceritera sebuah pencarian yang dijumpa dalam analitik Nuffnang.
Sekian.
~~~~~~~~~~

Carian