Pengikut Setia

21 Ogos 2009

HADIAH UNTUK ORANG YG BERTAQWA...

...ada lebih dari 10...
Kehidupan orang-orang bertaqwa sangat indah & penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai "hadiah", sebagaimana digambarkan di dalam Al-Quran:
1. SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK
"Mereka itulah (orang-orang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka & merekalah orang-orang yang beruntung"
(Al-Baqarah : 5)
2. DIBERI PENYELESAIAN DARI MASALAH
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar"
(At-Thalaq : 2)
3. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan memudahkan baginya segala urusan"
(At-Thalaq : 4)
4. MENDAPAT REZEKI DARI SUMBER TIDAK DIDUGA
"...dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga"
(At-Thalaq : 3)
5. DIKASIHI ALLAH (DENGAN ITU TURUT DIKASIHI MALAIKAT & MANUSIA)
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa"
(Ali Imran : 76)
6. MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT & BUMI
"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman & bertaqwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit & bumi"
(Al-A'raf : 96)
7. MENDAPAT KESELAMATAN, PERTOLONGAN & PERLINDUNGAN DARI ALLAH
"Dan Kami selamatkan orang-orang beriman & mereka adalah orang-orang bertaqwa"
(Al-Fussilat : 16)
"...dan bertaqwalah kepada Allah & ketahuilah Allah berserta (menolong & melindungi) orang-orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 194)
8. MENDAPAT KEMENANGAN
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"
(An-Naba : 31)
9. TERPELIHARA DARI TIPU DAYA MUSUH
"Jika kamu bersabar & bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
(Ali Imran : 120)
10. DIBERIKAN 'FURQAN' (PETUNJUK UNTUK MEMBEZAKAN YANG BENAR & SALAH)
"Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan"
(Al-Anfal : 29)
(Sumber : Majalah Anis bulan November 2003)
...Salam Ramadan buat semua... semoga mendapat ramadan yang berkat...

19 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Selamat Datang Ya Ramadan
(Ringkasan Catatan Tazkirah 19.8.2009/28 Syaaban 1430)

Sebentar tadi Aye mengikut tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nazrudin Hashim dari CITU UiTM Shah Alam. Tazkirah pada kali ini adalah berkenaan cerita tentang Ramadan.

Antara catatan yang sempat Aye ambil adalah berkaitan

Persediaan Menyambut Ramadan
1. Memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh merosakkan pahala puasa, selain dari menahan diri dari lapar dan dahaga; iaitu
- jaga anggota badan seperti lidah dari bercakap perkara yang bohong atau fitnah dan sia-sia.
- jaga tangan dan kaki dari membuat kerja yang tidak berfaedah

2. Menjaga hati supaya tidak ada perkara yang negative seperti niat tidak baik, perasaan hasad. Semoga mendapat ketaqwaan.

3. Membanyakkan amalan sunat, kerana pada bulan Ramadan pahala amalan sunat sama dengan amalan wajib manakala 1 amalan wajib akan mendapat ganjaran sebanyak 70 ganda.
- melewatkan waktu sahur
- mencepatkan waktu berbuka - bukan buka ikut waktu sendiri

4. Membanyakkan sedekah. Bukan sahaja dengan wang ringgit tetapi dengan cara yang lain seperti bertahlil, berzikir, menolong orang dalam kesusahan (untuk kebaikan)

5. Banyakkan membaca al-quran (dan faham makna serta hayati maksud dan maknanya)

Semoga Ramadan kali memberi penuh makna dan yang terbaik dalam kehidupan kita. Wallahua'lam.

11 Ogos 2009

Tegur, Ditegur, Menegur, Keteguran ???

Salam sejahtera buat semua seisi alam. Rasa rindu nak berkarya semakin mendalam setelah sekian lama laman blog ini tidak terusik. Dek kekangan masa dan kerja (kerja lagi), ruang untuk berkarya rasanya semakin terhad. Bukannya tiada idea tetapi memang terasa sayang (rugi) kerana idea yang datang berlalu pergi tanpa sempat dinukilkan. Ada juga kesempatan untuk meninjau blog ini tetapi sekadar melihat perkembangan terkini pada kejiranan (rakan blog). Namun masa dan peluang untuk menghasilkan karya sendiri rasanya semakin terbatas bukan bertujuan untuk menidakkan masa yang ada tetapi (sendiri mau ingatla...) dek kerana kepincangan dalam menguruskan masa untuk kerja dan diri sendiri.

Setelah sekian lama menyepi, semalam dan hari ini aye mendapat satu kekuatan untuk menghasilkan karya yang juga sebagai ingatan dan mesti diingat sampai bilapun oleh aye sendiri.
Apa ingatan itu?
Jangan Tegur dan Menyibuk dengan urusan orang lain. Buat kerja sendiri cukup!

Mengapa?
Mungkin juga memang dah jadi habit aye (kot...), dan memang susah untuk dikikis kerana kekadang aye sendiri yang rasa bahawa aye suka menyibuk.

Peringatan?
Dah banyak kali aye diperingatkan dan aye sendiri juga barangkali sudah berkali-kali memperingatkan diri sendiri mengenai perkara itu.

Moral?
Ada masa kita boleh menegur orang dan ada masa dan ketika kita tidak sesuai untuk menegur orang?

Mengapa pula?
Kerana kita bukanlah insan yang sempurna (bukan bermaksud cacat) yang berhak untuk menegur orang.

Maksudnya?
Tidak semua orang suka atau boleh ditegur walaupun dia patut ditegur kerana apa yang dia buat adalah hak dan kebebasan dia. Apabila ditegur kelak terasa seolah dirinya tidak sempurna dan ada insan lain pula yang nak membetulkan dirinya... walaupun teguran itu adalah sekadar gurauan atau tidak bermaksud apa-apa iaitu nak dengar ke tidak ke terpulang...

Persoalan?
Adakah salah untuk kita menegur sekiranya teguran itu untuk kebaikan?

Lantaran itu aye teringat sebuah syair Arab, seperti berikut

Hai orang yang sombong dalam keangkuhan
Lihatlah tempat buang airmu, sebab kekotoran itu selalu hina
Sekiranya manusia merenungkan apa yang ada dalam perut mereka
Nescaya tidak ada satu pun orang yang akan menyombongkan dirinya
Baik pemuda mahupun orang tua
Apakah ada anggota tubuh yang lebih dimuliakan selain kepala?
Namun demikian, 5 macam kekotoran yang keluar daripadanya!
Hidung berhingus sementara telinga baunya tengik
Tahi mata berselaput sementara daripada mulut mengalir air liur
Hai Bani Adam yang berasal daripada tanah, dan bakal dilahap tanah
Tahanlah dirimu (daripada kesombongan), kerana engkau bakal menjadi santapan kelak

Keras juga syair itu, tetapi akan aye jadikan peringatan untuk diri sendiri agar setiap teguran diterima dengan hati yang terbuka.... dan elakkan diri dari menegur cara kerja orang lain... walaupun manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.

Carian