Pengikut Setia

16 Jun 2009

hati... perasaan... pandangan

Gambaran hati dan perasaan yang indah tetapi pandanganku terhalang... dek tiang sebatang... tu...hampehhh

11 Jun 2009

Ad-hoc shopping...


Battle B-DamanZero2 System
Hm... entah, permainan apa ...tak tau cara guna, asyik tanya cam ner nak buat, bila nak tunjuk... eeeeiii marah nye. Itu Alif punya version... stiap kali kuar ada aje











Ini tudung umi punya... warna kuning air tapi tak nampak sangat, coz snap guna N95... lagu plak lower skit diapunya power... kot-kot tak muat nak dalam blog nih.

Ini,.... haaaa kasut nak pakai esok, untuk program keceriaan pejabat pendaftar... bukan esok jer... tapi untuk masa-masa akan datang... bila ada acara sukan klak taklah umi mengelak sebab takder kasut... actually kasut ni pun ayah yang tolong pilih... kalau umi yang cari ... hmmm mungkin tak berapa kot...


Ini stokin... stokin pun beli baru gak? hmm... sebenarnya tak masuk dlm senarai awal... tapi bila dah nampak tu... sambor jer.


Itu lah serba sedikit mengenai ad-hoc shoping untuk hari ini... berbaloi jugak... cuma penat sikit, esok pagi kul 5 dah nak kuar.
Ada citer disebalik adhoc shoping nih... nak stori tunggulah esok-esok plak...

10 Jun 2009

PERSONALITI BUAH-BUAHAN

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Adrian Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali sebagai `Science of Fructology'.

Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan. Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini, akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.

7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia :-

Jenis Limau Buah-buahan Tropika Jenis buah ladang Tembikai Jenis Beri Kekacang Labu

Jenis limau --- (oren, lemon, limau nipis dan limau barli)
* cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar

* tempat rujukan, kerana mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik

* Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri yang sebenarnya

* Mungkin boleh mengenali dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama

* peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri

* gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika

* Rakan akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa bersama

* tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan


Buah-buahan tropika -- (pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas)
* sukakan pengalaman yang baru

* gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa

* Orang di sekeliling selalu menghadapi masalah kerana cara hidup yang terlalu aktif

* tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi

* pasangan terdiri dari individu yang tenang

* gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab

* Teman-teman beranggapan kamu mudah didekati dan gemar berseronok

* pendirian yang tersendiri, tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling

* seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok


Jenis Buah Ladang --- (epal dan pear)
* Kata kunci di sini ialah kekuatan

* kuat pada diri sendiri dan mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling

* bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan tidak mudah mengalah

* Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian

* cenderung berdiri atas kaki sendiri

* seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya

* gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik

* Kejayaan pasti menyebelahi dalam setiap perkara

Jenis tembikai --- (tembikai dan tembikai susu)
* murah hati dan gemar menghulurkan bantuan

* wujudnya kepuasan apabila berjaya membantu orang lain

* berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam

* memiliki ramai teman rapat, kerana memiliki keperibadian yang romantik

* berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup

* melambangkan individu yang berhati-hati

Buah-buahan jenis beri --- (blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato)
* gemarkan `party' dan keseronokan

* suka menggembirakan orang lain

* mudah mendapat teman baru kerana seorang yang peramah

* akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik

* bercita rasa unik. Hinggakan makanan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain

* Personaliti sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti

* keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan yang unik dan keistimewaan tersendiri

* Simbol melambangkan seorang yang berpersonaliti

Jenis Kekacang --- (walnut, hazel, gajus dan lain-lain)
* `moody' lah! Kadangkala mood berubah-ubah tanpa sebarang sebab

* Ketegasan adalah lambang keperibadian diri

* yakin di pihak yang benar, pasti berdegil dengan pendirian itu

* Orang di sekeliling akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan

* Dalam percintaan individu yang setia

* sanggup mengenepikan teman kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati

* Untuk mengenali, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali dengan lebih dekat

* kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya

* seorang yang berpendirian

Buah-buahan jenis labu --- (kundur dll)
* berpandangan jauh

* berpendapat wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat

* individu yang sering berperasaan curiga

* Individu di sekeliling akan terkejut dengan pengetahuan yang dimiliki

* Boleh dikatakan setiap persoalan mampu dihuraikan

* sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai

* Tekanan kerja akan mendukacitakan, tetapi lama kelamaan semangat akan kembali pulih malah dan lebih bersedia dalam menangani cabaran

* cenderung pada warna-warna yang pelbagai

* melambangkan seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut

(Sumber: Petikan artikel dalam simpanan yang diperolehi melalui email)

Carian