Pageviews

Memaparkan catatan dengan label termos elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label termos elektrik. Papar semua catatan

03 Mac 2012

Kisah Termos Elektrik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Termos elektrik amat berguna sekali untuk memasak air terutama apabila gas memasak sudah habis.  Dalam masa yang sama sungguh mudah juga kerana tidak perlu beli termos biasa untuk menyimpan air panas.

Dalam tidak disangka rupa-rupanya termos elektrik terdapat dalam berbagai jenis hatta berlainan jenama.  Nak dijadikan cerita termos elektrik ini tidak semuanya mempunyai kemudahan yang sama walaupun nama asasnya sama.

Contoh?  Lihat gambar di bawah

Termos elektrik pertama.  Dibeli sekitar empat (4) tahun dahulu. 
Dibeli oleh 'ayahnya' ketika 'uminya' dalam pantang bersalin anak kedua.  Sekarang, bukan lagi tidak berguna tetapi tidak berfungsi dengan baik di mana airnya tidak panas. 

Kurang pasti pula punca kerosakan adakah kerana penggunaannya yang kerap atau kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.  Lalu ia disimpan dalam kotak asalnya dan menunggu masa untuk dihantar ke 'pomen' atau kedai letrik untuk dibaiki sekiranya boleh.

Termos ini mempunyai tempat penuang air yang boleh digunakan ketika tidak bersambung dengan elektrik.  Bermakna ia mesra pengguna kerana dwi guna iaitu boleh digunakan dalam dua keadaan yang berlainan serta menjimatkan penggunaan elektrik.

Termos elektrik ke dua dibeli setelah termos pertama tadi gagal dibaiki  (Sila abaikan gambar biskut dan kueh raya dalam balang di belakangnye).

Sayangnya termos ini mungkin dibeli tanpa fikir panjang walaupun setelah berkali-kali membuat tinjauan.  Bukan kerana tidak boleh digunakan tetapi kerana fungsi keduanya tidak sama dengan termos pertama tadi.  Ini adalah kerana termos ini tidak dapat mengeluarkan air ketika tidak bersambung dengan elektrik. Bermaksud apabila setiap kali hendak mengambil air panas atau air yang telah dimasak perlu 'on' suis elektrik jika tidak air tidak keluar. 

Kan dan membazir, walau sekadar secawan air panas untuk membuat susu terpaksa 'on' suis.  Bukan sahaja membuang masa malahan turut menyumbang kepada pembaziran elektrik. 

Kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyangka semua termos elektrik mempunyai fungsi yang sama.  Tidak kiralah harga yang berbeza tetapi perlu juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti mesra pengguna dan mesra alam.

Semoga kesilapan yang seumpamanya tidak berulang dan setiap kali hendak membeli peralatan hendaklah meneliti keperluan, kemudahan dan fungsi-fungsi sampingan lain yang berupaya memberi nilai tambah dan tidak berlaku pembaziran.

Sekian.

.