Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Sakit gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit gigi. Papar semua catatan

27 Januari 2016

Bila YB sakit gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila YB sakit gigi


Dah hampir satu minggu YB sakit gigi.  Sakitnya tidak menentu kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan.  Tidak pasti pula bila masanya gigi ini terasa sakti.  Hanya tersedar bila hendak makan dan minum gigi terasa ngilu dan diikuti dengan rasa sakit. Aduhhh.  Bila tidak sakit makan segala-galanya yang boleh dimakan terlupa pula gigi itu sedang menunggu masa untuk sakit semula.

Hiasan

Alhamdulillah, walaupun sakit masih lagi boleh berjalan dan membuat kerja-kerja rumah termasuk menguruskan makan dan pakai anak-anak.  Cuma sedikit kekurangan kerana rasa kurang selesa. Bukan takut hendak cabut gigi tetapi nak cabut gigi pun ada kerenah birokrasi juga.

Jangan tak percaya.  Sebelum ini mungkin YB tidak terasa sangat bila dengar cerita kawan-kawan, nak cabut gigi kena buat temujanji dengan doktor.  Rasa macam pelik saja, agak mustahil juga bila kita sakit gigi nak jumpa doktor harus buat temujanji.  Mengapa tidak boleh kita terus saja jumpa doktor gigi, asalkan ketika itu doktor tidak merawat sesiapa.  Tunggu giliran pun tidak mengapa lagi.

Oleh kerana perlu membuat temujanji dengan doktor maka terpaksalah YB ke farmasi untuk mendapatkan ubat tahan sakit dan ubat tahan bengkak.  Mujur tidak perlu buat temujanji dengan ahli farmasi.  Walaupun ditelan ubat tahan sakit dan bengkak, gigi ini masih lagi berdenyut-denyut, gusi juga masih lagi membengkak.

Hampir terlupa buat temujanji sama doktor gigi.  Hari ini, petang ini dapatlah jumpa doktor gigi. Tidak mahu terpengaruh dengan cakap-cakap orang, cabut gigi dengan doktor ini sakit.  Tunggu saja kesudahannya.  Sakit atau tidak itu semua atas kemahuan kita.


Terima kasih.


Carian