Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Murtad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Murtad. Papar semua catatan

10 Ogos 2011

Penafian Arlene Tan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam catatan lepas bertajuk Yang! Siapa Hajjah Sitt AlWuzara #OpsRamadhan, seingat aye memang tak dinyatakan siapa itu Hajjah Siit AlWuzara, sebaliknya diberikan peluang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.  Setuju?  Setuju lah!!!

Dan, terkini Arlene Tan yang kononnya dikaitkan dengan Hajja Sitt AlWuzara telah menafikan pendedahan yang dibuat GaySec berkaitan dirinya.

I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.” Sumber Beta.my.
(petikan ini dipinjam dari Denaihati.com)

Sehingga itu kita nantikan siapa sebenarnya insan angkuh yang telah menghina nama baik Islam.

08 Ogos 2011

Yang! Siapa Hajjah Sitt AlWuzara #OpsRamadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hajjah Sitt AlWuzara.  Jikalah di ofis, seingat ayelah rasanya tak pernah atua amat jarang sangat kita bercerita tentang bab-bab murtad melainkan dah menjadi isu hangat di ofis tu atau ada kaitan dengan sesiapa yang berada di ofis tu. 

Cerita-cerita macam ni, kalau tidak kerana blog atau facebook memang kita tak kan tahu sangat kan?  Sebabnya kalau kat kawasan kejiranan pun selalu cerita yang menjadi bahan perbualan adalah dalam kawasan kita, sesekali menerjah ke ruang luar seperti dunia artis atau dunia masakan dan bazar Ramadhan. 

Hari ini, 8.8.2011, pagi-pagi lagi dah didedahkan dengan kisah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang dikatakan ada kaitan dengan kisah-kisah murtad di Malaysia, oleh Denaihati.  Memang lah... sebelum ni bukan tak pernah baca tajuk cerita tu, tapi itulah masalah kita kan?  Jarang-jarang sangat nak ambil tahu ... bukan nak salahkan blogger tetapi tak kan nak salahkan diri sendiri pula.  Ianya ada kaitan dengan pendirian kita juga bila baca tajuk kalau tak berapa nak cachi (betul ke ejaan ni?) dan menarik kita tak baca isi ceritanya. 


Gambar ni dipinjam dari Denaihati yang diperolehi dari laman web GaySec.  Untuk dapatkan lebih lanjut pendedahan tentang siapa wanita ini layarilah laman web GaySec.  Korang ingat apa?

Siapalah dia yang angkuh sangat ni?  Semoga akan terbuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah dan dikurniakan hidayah kepadanya dan kepada rakan-rakannya yang lain dalam Rakan Murtad Malaysia.


Sekian.

Carian