Pageviews

Memaparkan catatan dengan label La Tahzan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label La Tahzan. Papar semua catatan

13 Januari 2011

La Tahzan | Jangan bersedih ketika dalam pantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

gambar hiasan, sumber dari google.com
La Tahzan - Jangan bersedih

Umumnya semua orang patut tahu dan pasti atau wajib tahu bahawasanya wanita yang dalam berpantang (kerana melahirkan anak) tidak sepatutnya dibiarkan bersedih.  Kerana kesedihan itu jika tidak dibendung dan dibiarkan saja maka ia akan membawa kepada suatu penyakit misteri yang sukar dirungkaikan.  Walaupun oleh pakar motivasi... eh eh betul ke ... kalau salah tolong betulkan yer...

Kesedihan itu pada hemat aye ianya datang tanpa diundang... walaupan atas perkara yang biasanya remeh dan kecil sahaja namun boleh mendatangkan kesedihan yang amat sangat... mengapa?... hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang bisa mentafsirkannya...

Untuk itu kesedihan itu jangan dibiarkan sahaja, sebaliknya perlu segera ditangani dan dibawa berehat dan bertenang.... banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah itu hati akan segera menjadi tenang.

Wallah hu a'lam...